Wednesday 1 June 2011

PANDANGAN

Pandangan Peribadi untuk ahli-ahli UMNO Pasir Puteh
1)Persidangan Tahunan UMNO tahun ini tiada pemilihan disemua peringkat disebabkan pilihanraya umum yang sudah hampir. Oleh itu, AJK Bahagian akan terus kekal sepertimana yang dipilih pada 8/11/2008. Begitu juga AJK Cawangan.
Walau bagaimanan pun, cakap-cakap kedai kopi tidak terkecuali daripada tajuk pemilihan parti selepas pilihanraya umum walaupun tajuk popular ialah tentang pilihanraya umum terutama siapa calon-calonnya nanti.
Di sini saya ingin menyentuh hanya tentang pemilihan parti yang akan datang kerana bagi saya itulah sebenarnya yang lebih penting dibicarakan berbanding dengan pilihanraya. Saya katakan ianya lebih penting kerana kesan dan prestasi pilihanraya banyak bergantung kepada siapa yang menerajui sesuatu Bahagian itu. Kemampuan dan kebijaksanaan kepimpinan diperingkat Bahagian akan menentukan hala tuju sebenar parti samada menuju ke arah kemenangan atau kekalahan.
Tempuh berparti lebih panjang daripada tempuh pilihanraya. Peranan sesebuah parti memakan masa bertahun-tahun menyusun gerakerja sedangkan tempuh pilihanraya hanya beberapa hari sahaja. Kalau dicontohkan, samalah dengan seorang pelajar yang belajar selama beberapa tahun untuk menduduki peperiksaan yang hanya memakan masa beberapa hari sahaja.
Sebab itulah, saya berpendapat bahawa kepimpinan parti sebenarnya lebih penting daripada pilihanraya. Bukan kerja dimusim pilihanraya yang penting tetapi kerja semasa seseorang itu memegang jawatan dalam partilah yang penting untuk dinilai. Kalau seseorang pemimpin parti itu telah memulakan kerja dari peringkat awal-awal lagi dengan satu tujuan iaitu supaya parti yang dipimpinnya menang dalam pilihanraya, saya yakin itulah kerja yang betul. Tetapi kalau seseorang pemimpin parti itu sentiasa asyik dengan kerja-kerja sampingan lain dan kerja itu hanya boleh dilakukan hanya dengan menggunakan kuasa kepimpinan yang ada, saya rasa itu tidak betul.
Dalam konteks ini, saya melihat UMNO Bahagian Pasir Puteh agak lewat melakukan kerja-kerja persiapan pilihanraya berbanding dengan parti PAS. Oleh kerana lewat, banyaklah kerja-kerja terpaksa dibuat dengan tergesa-gesa dan sudah tentulah sesuatu kerja yang dibuat secara tergesa-gesa itu akan mengakibatkan kerja itu banyak mengalami kesilapan bahkan kegagalan.
2)Politik adalah kerja bercakap. Tidak ada dalam dunia pemimpin politik yang tidak bercakap kecuali bisu tetapi orang bisu tidak ada yang menjadi pemimpin politik. Sebab itu hari-hari Perdana Menteri bercakap dan berucap. Baik surat khabar atau television atau radio, tiap-tiap hari kita membaca atau mendengar pemimpin politik bercakap dan berucap. Kerja bercakap adalah kerja yang paling mahal dan paling bernilai dalam dunia. Sebab itulah juga kerja dakwah ialah bercakap kerana semua nabi dan rasul bercakap dan berucap untuk menyampaikan ajaran agama.  Sebab itulah juga maka tiadalah kerja lain yang lebih tinggi martabatnya melainkan kerja bercakap dan berucap kerana itu adalah kerja para nabi dan para rasul. Menulis kemudiannya menjadi kerja kedua paling mahal dan bernilai kerana apa yang diucapkan akan ditulis untuk dibaca oleh orang-orang lain atau kemudian yang tidak dapat mendengar. Al-Quran ditulis dan terhasil selepas wahyu Allah diucapkan.
Sayangnya, pemimpin parti di Pasir Puteh tidak pernah mahu menjaga dengan rapi apa yang hendak dipercakapkan atau diperucapkan. Mungkin disebabkan keadaan tergesa-gesa seperti yang telah saya sebutkan tadi, maka banyaklah kesilapan-kesilapan yang terjadi. Walaupun silap sesetengah ahli parti tidak pula mahu mengakui kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin parti itu kadang-kadang disebabkan terlalu ghairah berpolitik. Mereka tidak kisah asalkan kenyataan yang dibuat pemimpin itu berunsur asakan yang boleh menghasilkan sorakan.
3)Oleh kerana saya melihat UMNO Bahagian Pasir Puteh masih belum mempunyai kepimpinan sebenar yang berwibawa, saya ingin mencadangkan beberapa tokoh seperti berikut untuk dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang :-
1)    Kapt. (B) Wan Marzudi Dato’ Hj Wan Omar, JP untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian.
2)    Puan Wan Marzida Dato’ Hj Wan Omar untuk jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian
3)    En Armin Baniaz Dato’ Pahamin untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian.
Sila komen atau berikan pandangan.

Disediakan oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh,
T-29, Taman Jaya,
16700 Cherang Ruku,
Pasir Puteh,
Kelantan.
No. Ahli UMNO 03924693
Tel. 019-937 5226
Email : wanmalekwannoh@yahoo.com
(no signature - computer generated)

No comments:

Post a Comment