Wednesday 1 June 2011

HIMPUNAN RAKYAT


HIMPUNAN RAKYAT PARLIMEN PASIR PUTEH
ANJURAN BARISAN NASIONAL DAN UMNO BAHAGIAN PASIR PUTEH
PADA 11 MEI 2011 JAM 9 MALAM BERTEMPAT  DI DEWAN SMK CHERANG RUKU, PASIR PUTEH, KELANTAN.
PENCERAMAH UNDANGAN UMMI HAFILDA BINTI ALI
DENGAN TAJUK “MEMBONGKAR ISU MENDEDAH RAHSIA”

Oleh kerana majlis ceramah ini diadakan di SMK Cherang Ruku, ianya diadakan di dataran terbuka sekolah dengan pentas penceramah di kaki lima bangunan tidak di dalam dewan sebagaimana yang disebut di dalam ‘flyer’  kerana sekolah ini sebenarnya belum mempunyai dewan.

Komen Peribadi:
Ucapan alu-aluan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh secara umumnya tidak begitu baik susunatur ayatnya kecuali bersemangat kerana tajuk yang sensasi.
Cara penyampaiannya langsung tidak kemas dan terdapat isu yang dibawanya gagal dibawa dengan fakta yang jelas. Contohnya, apabila beliau cuba mengaitkan isu orang-orang muda rakyat Kelantan yang berada di luar daripada negeri Kelantan yang terpengaruh dengan agama Kristian. Dalam isu ini beliau menyalahkan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Ab Aziz kononnya tidak menjaga rakyat Kelantan dengan baik. Cara penyampaiannya tidak ‘relative’ dan isunya tidak diisi secara ‘substance’.

Tentang Ummi Hafilda, saya dengan ikhlas kagum dengan kebolehan beliau berpidato.
Beliau telah berjaya menyampaikan pidatonya dengan lancar dan jelas sehingga hadirin terpukau dari awal sehingga akhir ucapannya. 
Ucapannya penuh dengan cerita-cerita tentang sifat buruk DSAI yang beliau telah berjaya sampaikan secara terperinci dengan gambaran bukti-bukti yang jelas. Ini sememangnya mencapai tujuan beliau dijemput untuk berceramah. Ini juga selaras dengan tulisan artikel saya bertarikh 10hb Mei 2011 apabila saya mengatakan Ummi mampu bercakap tentang DSAI tetapi bukan perkara-perkara lain kerana beliau bukan seorang ahli politik. Seruan beliau supaya PAS meninggalkan DSAI pun boleh dikatakan bertepatan dan sesuai dengan senario politik semasa jika kepentingan orang-orang melayu diambil kira.
Apa pun, beliau telah melakukan satu kesilapan yang terlalu besar dalam melayani ucapannya.  Dalam ucapannya terselit beberapa ketika apabila beliau begitu ghairah dan lantang menggunakan ayat-ayat yang terlalu sensitif dan kasar menyerang pemimpin PAS terutama YAB Tuan Guru Dato’ Nik Ab Aziz.
Saya tidak pasti apa yang mendorong beliau menggunakan perkataan-perkataan sedemikian. Mungkin beliau sememangnya sudah berniat daripada awal atau pun beliau tidak menyedari bahawa ayat-ayat itu tidak sesuai diucapkan didalam majlis ceramah di negeri Kelantan kerana mau tak mau YAB Tuan Guru Dato’ Nik Ab Aziz masih tetap seorang MB setidak-tidaknya buat pada masa ini. Apabila beliau menyerangnya dengan perkataan-perkataan yang terlalu kasar dan kesat, saya berpendapat itulah yang akan menyebabkan seluruh isi ceramah atau mesej yang hendak disampaikan punah dan akhirnya gagal untuk menambahbaik UMNO Pasir Puteh itu sendiri selaku penganjur.
Sepatutnya beliau fokus kepada isu-isu yang berkaitan dengan tajuk ceramah secara berhemah supaya orang ramai yang mendengarnya akan membuat penilaian bahawa Ummi Hafilda bertutur dengan sopan dan berjiwa murni. Cara ini lebih berkesan kerana orang ramai akan mengingati dan menghayati fakta-fakta ceramahnya. Jika sebaliknya, orang ramai akan teralih tumpuan kepada emosi dan geram beliau. Kata-kata kesat sudah tentu melambangkan beliau sebagai seorang pemidato yang hanya diperalatkan.

Disediakan oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
No Tel 019-937 5226
Email wanmalekwannoh@yahoo.com     Bertarikh 12 Mei 2011 / 8 Jamadil Akhir 1432H
                                                                 (jam 4 pagi)

  
(Untuk Makluman : Saya sendiri hadir. Ucapan Ketua UMNO Bahagian dan Ummi Hafilda ada saya rakamkan sepenuhnya)

No comments:

Post a Comment