Saturday 11 June 2011


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (21)
Rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja yang ketawa sendirian membaca surat jawapan dari Zawawi Othman tetapi rakan-rakan yang menerimanya baik dekat mahu pun jauh semuanya ketawa juga. Ada yang berkata kalau dibawa ke pertandingan menulis essei, surat ini sudah tentu mendapat tempat pertama dalam kategori surat paling buruk. Mereka kata ini disebabkan orang melayu yang membacanya yang ditulis dalam Bahasa Melayu tidak faham langsung dan orang Inggeris yang membacanya yang ditulis dalam Bahasa Inggeris pun lagi tidak faham. 
Apa nak buat. Barangkali itulah sahaja tahap yang boleh dicapai. Apa pun, saya menerimanya dengan hati terbuka dan berlapang dada. Saya sudah awal-awal memberitahu bahawa saya tidak kisah samada teguran-teguran, kritikan-kritikan dan cadangan-cadangan saya diterima atau pun tidak. Yang penting bagi saya ialah menyampaikannya.
Dalam hubungan ini, Ketua UMNO Bahagian mungkin lupa bahawa saya bukanlah penting. Yang penting adalah artikel-artikel saya itu. Begitu jugalah beliau. Beliau tidak penting tetapi kerjanya sebagai Ketua Bahagian itulah yang penting. Sebab itu saya tidak pernah mengkritik peribadinya. Lain-lain yang penting dalam politik ialah parti, ahli-ahlinya, calon-calon yang akan bertanding dan pengundi-pengundi.
Oleh yang demikian, kisah saya yang lepas-lepas itu adalah sesuatu yang tidak relevan dalam konteks politik Pasir Puteh. Dengan sebab itu juga, saya tidak perlu menjawab atau pun memberikan sebarang penjelasan tentang segala yang cuba di’fitnahkan’ terhadap saya. Beliau tidak akan faham atau pun tidak akan menerimanya dengan fikiran dan hati yang terbuka.
Kembali kepada persoalan yang lebih penting, saya dapat rasakan suasana sokongan terhadap Cikgu Azmi dan Kapt (B) Wan Marzudi JP semakin bertambah. Kedua-dua mereka sudah menjadi harapan orang ramai bukan sahaja sebagai calon pilihanraya tetapi sebagai peneraju baru kepimpinan UMNO Bahagian selepas ini.  Perkembangan terbaru menunjukkan bahawa sokongan dari dalam UMNO Bahagian sendiri pun sudah bertambah. Ini belum lagi dapat dibuktikan tetapi saya yakin tidak lama lagi satu suasana baru akan berlaku sebagai menyokong pandangan saya ini. Suasana yang akan menambahbaik UMNO Bahagian Pasir Puteh. Dijangka dalam bulan Julai.
Sama-samalah kita tunggu.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
10 Jun 2011 Semerak.

S.K.
Semua Rangkaian Hubungan
Dalam dan Luar Pasir Puteh

No comments:

Post a Comment