Saturday 11 June 2011


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (20)
Cikgu Azmi sudah boleh meneruskan gerakerja beliau dengan tenang dan lancar kerana restu atau ‘lampu hijau’ telah diberikan kepadanya oleh UMNO Bahagian untuk menjadi calon parlimen pilihanraya nanti.
Begitu juga orang perseorangan atau mana-mana kumpulan yang ingin berkhidmat untuknya dan parti bolehlah juga mula mengorak langkah dengan tenang dan lancar berkempen secara berasingan dan dengan cara sendiri masing-masing. Mereka bebas untuk merangka sebarang program kearah mendapatkan sokongan pengundi-pengundi. Walau apa pun, orang perseorangan atau mana-mana kumpulan ini hendaklah menghormati dan mendahulukan UMNO Bahagian didalam apa jua tindakan atau program selain daripada tidak dibenarkan mengusik apa-apa yang dibuat oleh pimpinan parti. Ini adalah kerana mau tak mau Cikgu Azmi akan menjadi calon untuk BN mewakili parti UMNO Bahagian Pasir Puteh. Maka sewajarnyalah apa jua tindakan UMNO Bahagian tidak dipertikaikan selagi ianya tidak bercanggah dengan matlamat dan tujuan serta tidak melanggari perlembagaan parti. Saya lampirkan semula ‘Kertas Cadangan 4’ saya yang berkaitan sebagai peringatan kepada cadangan saya yang terdahulu.
Sekarang tinggal lagi bakal calon DUN Semerak yang belum mendapat restu dan ‘lampu hijau’ UMNO Bahagian Pasir Puteh. Beliau ialah Kapt. (B) Wan Marzudi Dato’ Hj. Wan Omar, JP. Beliau lain sedikit daripada Cikgu Azmi. Saya berpendapat mungkin agak sukar untuk beliau mendapat restu dari UMNO Bahagian Pasir Puteh tidak seperti Cikgu Azmi. Saya tidak tahu kenapa tetapi beliau telah pernah menerima ‘sekatan keras’ daripada UMNO Bahagian melalui PPD Pasir Puteh supaya tidak lagi melibatkan diri dalam apa jua aktiviti kebajikan terhadap murid-morid miskin semua sekolah-sekolah di DUN Semerak walaupun 11 buah daripada sekolah-sekolah itu telah lama menjadi ‘anak angkat’ beliau. Saya lampirkan ‘Catatan Khas 1’ saya yang berkaitan untuk rujukan semula.
Saya tidak tahu juga samada kepimpinan UMNO Bahagian menyedari atau pun tidak bahawa tindakan ‘sekatan keras’ itu telah menyebabkan ramai pihak terutamanya ahli-ahli UMNO sendiri marah terhadap mereka. Ini adalah kerana orang ramai melihat bahawa sememangnya tiadalah lagi orang lain yang selayak Kapt. (B) Wan Marzudi JP sebagai calon BN DUN Semerak untuk pilihanraya umum nanti. Beliau adalah anak tempatan sejati yang tidak ada sesiapa pun yang tidak mengenali beliau. Beliau juga berdarah dan berketurunan seorang pemimpin politik kerana beliau ialah anak kepada Dato’ Hj Wan Omar Wan Majid iaitu bekas ADUN Semerak dan Ahli Parlimen Pasir Puteh. Ayahandanya masih lagi ada dan sihat dengan usianya yang panjang. Lampiran ‘Kertas Cadangan 4’ saya itu ada kaitan.
Oleh hal yang demikian, artikel peribadi saya kali ini membawa satu cadangan supaya pihak kepimpinan UMNO Bahagian memikirkan semula tindakan yang telah diambil terhadap Kapt. (B) Wan Marzudi JP. Walaupun sekatan itu tidak dibuat secara bertulis, umum mengetahui bahawa tindakan itu telah sebenar-benarnya dibuat keatas Kapt. (B) Wan Marzudi JP oleh UMNO Bahagian Pasir Puteh melalui PPD Pasir Puteh secara ‘verbal’.
Saya tidak berhasrat untuk mencampuri urusan politik UMNO Bahagian Pasir Puteh tetapi saya mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan pandangan peribadi saya sebagai ahli UMNO.
Masa masih ada untuk perkara seumpama itu diselesaikan dengan baik. Jika tidak, UMNO Bahagian terpaksa akur kepada keputusan orang ramai yang mungkin tidak menyebelahi kepimpinan parti.

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
9 Jun 2011 Semerak

No comments:

Post a Comment