Saturday 4 June 2011

SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (17)
Dari segi peratusan yang keluar mengundi puratanya boleh diambil 80% sebagai anggaran kasar setiap kali pilihanraya dimana-mana DUN di Pasir Puteh.
30% secara kasar adalah pengundi-pengundi BN yang tidak berganjak dan jelas
30% secara kasar adalah pengundi-pengundi PAS yang juga tidak berganjak dan jelas
20% secara kasar adalah sebagai kiraan pengundi-pengundi yang tidak hadir disebabkan tidak balik kampong atau pun tidak keluar mengundi
Oleh itu, baki 20% secara kasar adalah pengundi-pengundi luar  +  pengundi-pengundi ‘floating’.

Berdasarkan kepada angka peratusan di atas, maka baki 20% secara kasar itulah yang menjadi rebutan diantara BN dan PAS.

Mengikut kata YBhg. Datuk Hj. Kamaruddin Md Nor pada 3 Jun 2011, mana-mana parti yang berjaya ‘menawan’ separuh atau sekurang-kurangnya 5% pun daripada jumlah pengundi-pengundi ini, maka peluang untuk mendapatkan kemenangan adalah cerah bagi parti itu.

Bunyinya tidak susah. Namun itulah yang telah menyebabkan parti UMNO kalah setiap pilihanraya yang lepas-lepas di Pasir Puteh selain daripada faktor perpecahan diantara ahli-ahli sendiri. Parti PAS terutama DUN Semerak sangat-sangat menitikberatkan golongan ini dari dulu lagi. YB Wan Hassan sentiasa mengambil inisiatif untuk mempastikan bahawa golongan ini miliknya. Beliau sentiasa melakukan apa saja aktiviti perhubungan atau ‘interact’ baik secara langsung atau pun tidak dengan golongan ini. Diantara teknik-teknik yang beliau gunakan termasuklah kekerapan majlis perjumpaan di tempat-tempat mereka terutamanya di Kuala Lumpur.  Selain daripada itu, beliau sentiasa membuka ruang interaksi dengan pengundi-pengundi ini melalui emel, radio internetnya atau sms. Segala berita dan perkembangan semasa sentiasa beliau sampaikan kepada mereka dari masa kesemasa melalui media-media itu. Golongan ini sentiasa juga diraikan setiap kali mereka pulang berhariraya.

Itu saja yang beliau mampu lakukan untuk golongan ini.  Beliau tidak mampu melakukan lebih dari itu. Sebagai seorang wakil rakyat selama ini pun beliau bukan mampu melakukan apa-apa yang besar dan hebat untuk rakyat seperti membawa pembangunan atau perubahan ke daerah Semerak. Lanskap DUN Semerak tidak mungkin berubah wajah secara ketara disebabkan ini. Semua orang tahu akan hal ini tetapi beliau telah menang dalam pilihanraya menentang Datuk Hj Kamaruddin Md Nor walaupun tiada sebarang kelebihan yang ada pada beliau jika dibandingkan dengan lawannya.

Saya tidak tahu mengapa pengundi-pengundi masih memilih untuk menyokong calon yang serba kekurangan seperti YB Wan Hassan. Apa yang saya nampak setelah membuat perhatian ialah beliau mempunyai kelebihan dan kebijaksanaan dalam ‘menjaga’ hati pengundi-pengundi ini. Sudah tentulah tidak sama yang kenal dengan yang tidak kenal. Apalagi yang rapat dengan yang tidak rapat. Pengundi-pengundi luar ini tidak mengambil kisah hal-hal yang berkaitan dengan dasar-dasar parti kecuali segelintir yang berpelajaran tinggi sahaja.  YB Wan Hassan boleh pula menggunakan kesempatan yang ada untuk meraih’undi simpati’ atau ‘undi silaturrahim’ daripada golongan segelintir ini kerana beliau dilihat mengambil berat tentang mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.

Oleh itu, jika hendak dibuat perbandingan mana wakil rakyat yang akan lebih diterima oleh rakyat samada seseorang seperti YB Wan Hassan dari parti PAS atau seseorang dari UMNO, maka jawapannya bergantung kepada sejauh mana hubungan mereka dengan pengundi-pengundi. Janji-janji manis oleh calon BN sewaktu kempen pilihanraya untuk membawa pembangunan dan perubahan tidak mudah ditelan oleh pengundi-pengundi walaupun mereka tahu janji-janji itu benar. Mereka sememangnya mahukan pembangunan tetapi mereka menolak calon BN hanya kerana calon BN tidak rapat dengan mereka. Inilah uniknya Kelantan.

Sebab itu juga inilah yang saya selalu tekankan dalam tulisan-tulisan saya. Pemimpin-pemimpin UMNO seolah-olah tidak membuat kerja. Mereka jarang melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan atau dalam istilah sekarang ‘turun padang’. Kalau turun pun, berita hendaklah keluar dalam akhbar keesokan harinya dengan gambar mereka sebagai objek utama untuk tatapan. Pemimpin-pemimpin PAS tidak pentingkan itu semua. Mereka lebih pentingkan hubungan sejati dengan orang ramai secara senyap tanpa mengutamakan populariti melalui terbitan akhbar. Mereka mahu orang ramai ‘sehati sejiwa’ dengan mereka dalam ertikata yang sebenar.

Mana mungkin pemimpin-pemimpin UMNO dapat mencapai semua ini jika sekarang pun mereka masih lagi lena di rumah?

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
4 Jun 2011 Semerak

No comments:

Post a Comment