Saturday 4 June 2011


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (18)
Tajuk di atas (SSPDS) sedar tak sedar telah sampai ke bilangan 18 hari ini. Banyak tajuk-tajuk lain sebelum ini yang saya sudah tulis. Semuanya berkisar tentang politik DUN Semerak atau pun yang ada kaitan dengannya.
Sebenarnya saya memaksa diri saya untuk segera menulis apabila sahaja ada sesuatu didalam fikiran saya atau ada maklumat-maklumat yang saya terima. Jika tidak ditulis dengan segera, saya akan lupa bahan-bahan itu. Setelah ditulis saya akan memeriksanya sehingga beberapa kali sebelum saya mengemelkannya kepada pihak-pihak tertentu. Adakalanya saya bangun tengah malam jika sekiranya saya teringat terdapat sesuatu yang perlu ditokok tambah atau dibuang atau pun teringat ada perkataan yang tidak tepat yang sepatutnya digantikan dengan satu perkataan lain yang lebih tepat.
Saya menganggap kerja menulis seperti juga kerja seni halus. Setiap ayat hendaklah disusun rapi dan jelas supaya orang yang membacanya faham apa yang dimaksudkan. Walau bagaimana pun, saya bukanlah seorang penulis professional atau wartawan yang berkebolehan menggunakan perkataan-perkataan canggih kerana saya bukanlah dari jurusan sastera tetapi teknikal. Sebab itu semua ayat-ayat saya agak ‘basic’ dan ringkas menggunakan perkataan-perkataan biasa seharian sahaja.
Saya harap para pembaca dapat menerima keadaan saya seadanya.

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
4 Jun 2011 Semerak
(2200 HR)

No comments:

Post a Comment