Saturday 11 June 2011


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (19)
Saya telah tidak menulis untuk beberapa hari namun banyak perbincangan dalam bentuk ‘consultation’ ada dibuat terutama dengan kawan-kawan rapat seperti Cikgu Azmi, Kapt Wan JP dan lain-lain.
Tidak ada apa-apa yang baru berkaitan dengan pilihanraya dan calon-calon. Di mana-mana sahaja orang ramai belum lagi bercakap dengan serious tentang pilihanraya atau calon-calonnya. Mereka lebih gemar bercakap tentang isu-isu semasa seperti perlawanan bola, penanaman tembakau dan sarang burung walid. Walau bagaimana pun, ada satu isu yang telah mereka minta saya cuba dapatkan penjelasan daripada pihak-pihak tertentu tentangnya iaitu isu rokok yang dikatakan ‘haram’ secara tegas oleh Ustaz Danial dalam TV9 baru-baru ini. Isu ini tidak boleh saya huraikan  di sini kerana ianya bukan isu politik dan juga ianya bukan kepakaran saya untuk menulis apa-apa yang berkaitan dengan hukum agama. Oleh kerana ramai yang meminta supaya saya panjangkan kepada sesiapa yang boleh memberikan huraian lanjut tentangnya, saya telah meminta kawan-kawan di Kuala Lumpur terutamanya Sdr Fauzi Shaffie pensyarah MMU CyberJaya dan Prof. Dr. Wan Mohd Nor Pengarah Casis UTM yang juga Felo Terutama Jabatan Kenegaraan BTN di Jabatan Perdana Menteri supaya menulis sesuatu tentang perkara ini. InsyaAllah, saya akan meminta supaya dihantar segera kepada saya apabila artikel itu siap nanti.
Berbalik kepada tajuk dan soal politik, terdapat kenyataan bahawa Cikgu Azmi merupakan potensi calon BN yang sudah mendapat restu atau ‘lampu hijau’ daripada UMNO Bahagian Pasir Puteh. UMNO Bahagian Pasir Puteh seperti sudah mengenalpasti dan ‘mengiktiraf’  Cikgu Azmi sebagai bakal calon BN parlimen Pasir Puteh. Perkembangan terbaru ini merupakan sesuatu yang amat baik bukan untuk UMNO Bahagian Pasir Puteh sahaja tetapi untuk seluruh rakyat Pasir Puteh. Cikgu Azmi bukan sahaja berpotensi sebagai calon BN parlimen Pasir Puteh tetapi beliau juga mempunyai potensi sebagai seorang menteri sekiranya menang. Ini bukan sekadar janji untuk menyedapkan hati orang-orang Pasir Puteh tetapi satu kenyataan yang sudah diterima oleh ramai pihak yang mengetahui latar belakang sebenar beliau. Oleh itu, saya menyentuh perkara ini untuk menyedarkan lagi orang-orang Pasir Puteh bahawa inilah peluang yang ditunggu-tunggu selama ini. Satu peluang terbuka yang tidak harus disia-siakan dan peluang seperti ini mungkin datang sekali sahaja.
Walau apa pun, Cikgu Azmi tidaklah mengaharapkan usaha untuk menambat hati pengundi-pengundi dibebankan seratus peratus keatas UMNO Bahagian Pasir Puteh sahaja. UMNO Bahagian sewajarnyalah dibantu oleh mana-mana individu atau kumpulan-kumpulan lain di luar Bahagian biarpun secara berasingan dan dengan cara tersendiri. Usaha-usaha oleh kumpulan di luar UMNO Bahagian ini akan diberikan galakan tetapi apa yang dusahakan oleh UMNO Bahagian itu sendiri tidak akan sekali-kali diusik . Ini adalah kerana apa sahaja yang dilakukan oleh mana-mana pihak pun matlamatnya sama sahaja iaitu supaya calon BN sepertinya mencapai kemenangan. Oleh itu, beliau mengambil sikap semua pihak boleh meneruskan kerja masing-masing dengan cara dan kaedah masing-masing asalkan tidak melanggar perlembagaan parti dan juga undang-undang negara.


Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
8 Jun 2011 Semerak

No comments:

Post a Comment