Wednesday 1 June 2011

SAJAK PERPADUAN



(sedutan dari rencana Imlan Adabi dalam BH bertarikh 27 Ogos2010)

Kemerdekaan…
Perjuangan…
Kehidupan…
Seiring Sejalan

31 Ogos setiap tahun bukan sekadar perayaan tanpa jiwa
Wira-wira negara tersungkur mempertahankan tanah air
Ramai yang tidak sempat dicatat nama pun
Namun kita seharusnya sentiasa menghargai…. perjuangan mereka

Mat Kilau…
Datuk Bahaman…
Tok Janggut…
Tok Sagor…
Datuk Maharaja Lela…
Bahkan Rosly Dhoby pun…
Adalah nama-nama besar yang cukup abadi dalam jiwa bangsa

Berjuang tanpa mengharapkan ganjaran dan pangkat
Berjuang demi semata-mata perjuangan
Untuk membebaskan diri daripada penjajahan
Berjuang tanpa menghiraukan bencana menimpa diri
Rela meninggalkan anak isteri
Semata-mata untuk negara tercinta

Sayang seribu kali sayang
Kita kurang mengenang wira-wira ini
Kita hanya megah mengibar Jalur Gemilang
Namun kita berada pada tahap era penjajahan

Padahal…
pelbagai kaum
Budaya
Dan Agama
Sebenarnya asas sejati kekuatan Malaysia

Maka…
Ketepikanlah
Ketepikanlah
Sengketa politik kepartian
Kerana Malaysia maju memerlukan asas perpaduan yang kukuh

Jangan hancurkan kemerdekaan negara
Dek hanya kerana amalan sangkal menyangkal diantara sesama kita
Ingatlah orang-orang dulu itu
Mereka mendahuluinya
Untuk kita terus mendahuluinya
Mendahului negara

(‘kita’ yang saya maksudkan di sini ialah orang-orang melayu yang sedang berpecah)

Daripada,
Penyajak Amatur
Semerak

No comments:

Post a Comment