Wednesday 1 June 2011

PERANAN


PERANAN KETUA BAHAGIAN

Terdapat dua matlamat yang berbeza apabila seseorang itu memikul jawatan Ketua Bahagian. Kedua-dua matlamat itu ialah memperkukuhkan parti disebelah tangan dan memenangi pilihanraya disebelah yang satu lagi. Tidak mudah untuk digabungkan kedua-dua matlamat ini kerana jika seseorang Ketua Bahagian itu bermatlamat hendak mengukuhkan parti dalam prinsip kepimpinannya, beliau tidak mungkin berupaya untuk berusaha kearah memenangi pilihanraya kerana terlalu banyak masa dan tumpuan harus diberikan kepada gerakerja parti sehingga tiada masa pula untuk melayani atau mendekatkan diri kepada pengundi-pengundi. Begitu jugalah sebaliknya, jika seseorang Ketua Bahagian itu bermatlamat untuk memenangi pilihanraya dalam prinsip kepimpinannya, beliau terpaksa mengorbankan lebih banyak masa untuk pengundi-pengundi sehingga tiada masa yang mencukupi pula untuk ditumpukan kepada gerakerja parti. Ini bermakna, seseorang Ketua Bahagian itu terpaksa mengorbankan salah satu daripada matlamat-matlamat itu kerana sememangnya kedua-dua matlamat ini tidak mungkin dapat digabungkan atau diimbangi dengan mudah dalam masa yang sama.

Apa pun, saya mempunyai pendapat peribadi yang tersendiri tentang UMNO dan BN Negeri Kelantan dalam hubungan ini. Saya merasakan bahawa BN Negeri dan sebahagian besar Ketua-Ketua Bahagian sememangnya seperti mahukan PAS terus memerintah supaya dengan itu mereka dapat terus menggunakan kuasa mereka secara langsung didalam apa jua urusan berkaitan peruntukan dari kerajaan pusat. Jika BN memerintah, segala peruntukan sudah tentu akan disalurkan melalui kerajaan negeri dan ini bermakna mereka tidak akan berpeluang lagi menggunakan kuasa secara terus keatas peruntukan yang disalurkan itu sepertimana yang sudah sekian lama dinikmati mereka sejak PAS memerintah.

Sekian.
Wassalam

WM  (19/02/2009)

No comments:

Post a Comment