Monday 5 September 2011

SSPDS 88


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (88)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya juga tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan)

YB Wan Hassan memegang dua jawatan terpenting. Sebelah bahu memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat sementara di sebelah yang satu lagi sebagai Naib YDP PAS Kawasan.

Ramai orang politik memegang lebih dari satu jawatan penting. Mereka bekerja ada harinya sebagai wakil rakyat dan ada harinya sebagai orang parti. Ada harinya mereka bekerja untuk rakyat dan ada harinya untuk parti.

Saya tidak berminat untuk menyentuh tentang tugas YB Wan Hassan sebagai Naib YDP PAS Kawasan kerana saya bukan ahli PAS tetapi saya ingin menyentuh tugasnya sebagai wakil rakyat kerana saya rakyatnya juga.

Selama saya berkawan dengannya, saya tidak pernah mempertikaikan prestasi kerjanya yang agak cemerlang sebagai seorang wakil rakyat. Beliau sememangnya rajin membantu rakyat dan sangat mengambil berat tentang kebajikan mereka. Beliau akan menjadikan dirinya sebagai orang yang pertama hadir membantu jika ada sesiapa yang mengalami masalah atau musibah seperti kematian, kemalangan atau apa saja bentuk kesusahan. Sebab itu, namanya agak ‘tersohor’ berbanding dengan lain-lain wakil rakyat di Pasir Puteh disebabkan kerajinannya itu.

Nama beliau mendapat sanjungan ramai dan dijangka tiadalah orang lain yang lebih layak untuk dicalonkan semula dalam PRU ke-13 ini untuk DUN Semerak. Beliau dijangka akan bertanding sekali lagi..

Oleh kerana itulah, maka saya telah diminta oleh kawan-kawan supaya menulis juga tentang beliau. Mereka berkata bahawa YB Wan Hassan pun seorang manusia biasa yang tidak lekang atau terlepas dari membuar kesilapan. Mereka memberitahu bahawa sebenarnya terdapat beberapa kesilapan ketara atau ‘gross mistakes’ yang telah beliau lakukan sepanjang tempuh menjadi wakil rakyat terutama didalam membuat keputusan sehingga kesannya tidak boleh dipadamkan lagi. Oleh itu, kritikan adalah perlu sama seperti yang telah saya lakukan terhadap kepimpinan UMNO.

Kawan-kawan saya ini berkata, memang prestasi kerja YB Wan Hassan dilihat pada zahirnya sangat cemerlang tetapi apakah keadilan telah betul-betul ditegakkan selama ini dalam urusan-urusan lain? Apakah dengan kuasa yang ada, beliau telah selama ini menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat kepada rakyatnya segala-galanya secara adil? Mereka terus berkata bahawa terdapat beberapa perkara atau pun isu yang boleh diketengahkan sebagai bukti dimana beliau tidak boleh dianggap adil kepada rakyatnya disebabkan kegagalan beliau mengasingkan kepentingan politik kepartian daripada tugas-tugas wakil rakyatnya.   

Mereka bertanya kepada saya, apakah juga selama ini beliau menjalankan tugas-tugasnya dengan ikhlas atau pun semata-mata kerana ingin memperkukuhkan kedudukannya supaya dengan itu beliau boleh bertanding lagi?

Saya belum dapat menjawabnya.

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
5 Sept 2011 / 7 Syawal 1432H
Semerak. 

No comments:

Post a Comment