Saturday 3 September 2011

SSPDS 86


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (86)
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua yang ditulis adalah semata-mata pendapat peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya juga tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan)
Hari ke-lima raya. Di Semerak tiada sebarang berita yang menarik kecuali dua kanak-kanak mati lemas di Lagun Semerak. Sebelum ini sudah 30 orang mati lemas di situ sejak beberapa tahun yang lalu. Boleh dikatakan setiap tahun ada saja yang mati lemas di kawasan yang sama..
Dalam kaitan ini, saya tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan. Sememangnya ajal di mana-mana tetapi jikalau perkara yang sama menjadi ulangan setiap tahun di tempat yang sama, kadang-kadang sudah tentulah dirasakan usaha sepatutnya telah pun dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mengurangkan risiko itu. Kita tidak mahu tragedi malang ini terus berulang dan berulang dan kita hanya sekadar berpeluk tubuh melihat angka kematian di papan tanda meningkat dari tahun ke tahun. Habis-habis pun kita menggeleng-geleng kepala sambil menyalahkan orang ramai yang tidak mengambil endah tentang papan tanda amaran yang dipacak di situ.
Bagi saya, apabila kita sudah boleh mengagak bahawa tragedi akan berulang lagi, kita seharusnya membuat pilihan samada membiarkannya atau pun melakukan sesuatu dengan serta merta walaupun dengan menutup terus kawasan itu daripada dikunjungi orang ramai.
Mengikut YB Wan Hassan ADUN Semerak, tindakan menutup kawasan adalah mustahil kerana kawasan itu ialah kawasan perkelahan dan juga kawasan milik.
Walau bagaimana beliau memberitahu saya bahawa beliau tetap akan berjumpa dengan YDP MDPP untuk berbincang.
Adalah menjadi harapan kita semua supaya sesuatu dapat dilakukan dalam masa yang terdekat ini.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
3 Sept 2011 / 5 Syawal 1432H
Semerak.

No comments:

Post a Comment