Saturday 10 September 2011

MD 3


MY DIARY (3)
11/09/2011

Ramai orang Semerak yang bertanya kepada saya samada dalam pilihanraya umum ini nanti akan berlaku pertembungan diantara Kapt. (B) Wan Marzudi JP dengan YB Wan Hassan atau pun tidak.

Saya menjawab bahawa saya tidak berkuasa untuk memberikan jawapan yang tepat.

Saya bertanya balik kepada mereka apakah mereka mahu atau pun tidak kedua-dua mereka ini bertembung?

Ramai yang senyum dan ada yang berkata sesuatu.

Diantara kata-kata yang diucapkan terdapatlah dua kenyataan dari dua orang yang telah menarik perhatian saya. Kedua-dua mereka adalah orang lama yang jauh lebih tua daripada saya tetapi masih gagah dan kuat bergerak kesana kemari. Kedua-duanya masih belum nyanyok, tidak pekak dan juga tidak berkurap yang boleh menyebabkan orang-orang lain tidak mahu mendekati mereka. Mereka juga tidak pernah memegang sebarang jawatan parti seumur hidup tetapi tidak pernah gagal keluar mengundi sejak dari zaman dahulu lagi.

Kenyataan pertama berbunyi… “ayahnya tidak pernah kalah dalam pilihanraya”

Dan

Kenyataan kedua berbunyi…. “Semerak selalu bertukar”.

Saya diam dan senyum memberikan tanda bahawa kenyataan-kenyataan itu sememangnya benar.

Namun, saya tidak mendiamkan diri terlalu lama kerana mereka sedang menunggu saya berkata sesuatu. Oleh itu, mahu tidak mahu saya terpaksa membuat sedikit komen berkaitan topik itu.

Saya berkata bahawa adalah tidak penting siapa lawan siapa. Bagi saya, yang penting ialah ‘perpaduan’ sesama kita di Semerak. Tentang siapa yang akan menang dan siapa pula yang akan kalah, itu adalah hak pengundi-pengundi termasuk kita semua untuk memilih apabila sampai masanya nanti.

Orang-orang Semerak hendaklah jangan terlalu terbawa-bawa dengan isu ini sehingga soal calon menjadi sesuatu yang memecahbelahkan masyarakat. Biarlah siapa pun yang jadi wakil rakyat, kita tetap menjadi satu masyarakat yang bersatu padu dalam kehidupan seharian.

Saya berkata bahawa saya telah mulakan sesuatu yang mempunyai kelainan di Semerak iaitu usaha-usaha untuk menerapkan kefahaman masyarakat terhadap seorang wakil rakyat. Seorang wakil rakyat seharusnya diterima oleh semua orang sebagai seorang wakil rakyat walaupun sewaktu pilihanraya beliau bertanding diatas tiket yang berlainan parti. Usaha ini telah saya mulakan dengan kerjasama wakil rakyat yang sedia ada untuk dijadikan contoh kepada DUN-DUN lain. Walaupun kesannya belum menampakkan hasilnya secara ketara, saya tetap dengan pendirian saya bahawa bermulanya orang menerima sesuatu adalah dengan bermulanya sesuatu dari seseorang.

Oleh itu, saya mengakhiri kata-kata saya kepada mereka bahawa jika pun ditakdirkan  Kapt. (B) Wan Marzudi JP menjadi calon di atas tiket BN dan seterusnya ditakdirkan beliau pun menang, saya yakin YB Wan Hassan sendiri pun sudah bersedia untuk menerima beliau sebagai wakil rakyatnya pula kerana beliaulah orang pertama yang telah menyambut baik saranan dan usaha penerapan saya itu.  

Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No. Ahli UMNO 03924693
Semerak.

1 comment:

  1. Kalu kita ambil iktibar daripada kisah2 lalu memang ada orang melayu yang akan menderhaka kepada pemimpin tetapi ambo tak tahu samada rakyat Semerak ada mempunyai ciri2 begini. Kalau nak kira hatibudi YB hok ado lor ni yg telah banyok jugak berkhidmat untuk rakyat dan telah jugak cuba menyelami hati semua penduduk DUN Semerak bagaimano kalu ambo cadang tok sah ada pencabar dalam DUN ni..kan ramai jugok ahli2 UMNO yang telah pakoh YB Wan Hasan sehingga mencecah majoriti 800 lebih dalam pilihanrayo yg lalu. Guano ABg Lek?

    ReplyDelete