Wednesday 1 October 2014

Cadangan 'Community Policing' Di Semerak

Susulan isu rondaan kawasan Cherang Ruku, Semerak :-
Saya mendapat maklum bahawa aktiviti rondaan telah pun dijalankan secara kumpulan kecil sebagai permulaan yang diketuai sendiri oleh Sdr Wan Ramli Wan Ibrahim, Penghulu Mukim disebelah pihak kerajaan negeri dengan kerjasama pihak PDRM dari Balai Cherang Ruku.
Biar pun dimulakan secara kecil2an dengan serba kekurangan, namun ianya masih boleh dianggap sebagai suatu langkah permulaan yang positif berbanding dengan RT dibawah JPNIN yang tidak beroperasi langsung.
Mudah2an usaha pro-aktif dibawah kerajaan negeri ini berjaya mendapat sambutan masyarakat setempat termasuk kaum cina dan siam. Juga diharapkan program ini tidak bergerak separuh jalan.
Syabas.
Dalam kaitan ini juga, saya akan cuba dapatkan keterangan lanjut tentang penubuhan Community Policing atau CP di Semerak (jika dirasakan perlu).
Saya yakin Mr Kuan Chee Heng pengasas CP boleh membantu.
UP : Sdr Wan Ramli Wan Ibrahim
Mr Kuan Chee Heng
— with Wan Ramli Wan Ibrahim and Kuan Chee Heng.
 
 

No comments:

Post a Comment