Saturday 4 October 2014

PERKASA dan UMNO

dibawa oleh Dato' Kunta Kinte dari SU Agung PERKASA
saya tak pastilah samada ini betul2 ditulis oleh SU Agung PERKASA dan kenyataan ini mewakili PERKASA secara rasmi atau pun tidak
kerana zaman sekarang zaman canggih
macam2 boleh dibuat
kalau pun rasmi mewakili PERKASA
apakah ianya 'relevant'?


hairan jika ramai ahli Perkasa akan keluar dari parti masing2. Yg mahu kekal dgn parti masing2 kekal lah. Jangan ada yg mahu halang sesiapa sahaja mahu duduk atas pagar teruskan. Perkasa bukan mewakili parti2 politik tertentu. Perkasa wajib berdiri atas perjuangan sendiri. Perkasa akan maju ke depan. Perkasa akan berkorban apa sahaja. Perkasa tidak mahu lihat pemimpin tunduk kpd tekanan bangsa lain. Hina rasanya. Buruk perangai rasanya. Malu melihatnya.
Ya betul. Selama inilah UMNO yang membela bangsa Melayu dan Bumiputera. Tapi itu pemimpin2 UMNO dahulu. Pemimpin hadulu buat undang2 demi keamanan. Pemimpin UMNO dahulu buat undang2 utk bela Islam dan Bumipitera. Pemimpin2 UMNO dulu tidaklah rakus buat harta.
Tapi pemimpin UMNO skrg kaya raya 7 keturunan tak habis dimakan anak cucu. Pemimpin UMNO skrg lah yg hapuskan ISA. Pemimpin UMNO skrg lah yg lepaskan banyak penjenayah tegar. Pemimpin UMNO skrg lah yg benarkan Kalilah Allah diguna oleh penganut Kristian. Pemimpin UMNO lah yg izinkan Kalimah Allah dibicarakan. Pemimpin UMNO skrg terus galakan ahlinya sokong pemimpin yg rasuah. Pemimpin UMNO skrg lah yang sempitkan peluang Melayu dan Bumiputera bersaing dgn kaum lain. Pemimpin UMNOlah yg skrg ini lepaskan hak biasiswa pelajar Melayu kpd kaum lain. Permimpin UMNO skrg terlalu tunduk dgn tekanan kaum lain. Adakah ini semua pernah berlaku zaman pemimpn2 UMNO zaman dahulu???? Jangan salahkan UMNO skrg, tapi salahkan pemimpin UMNO yang ada skrg.
PERKASA TIDAK RELA BERTUANKAN BANGSA LAIN
Salam,
Setiausaha Agung Perkasa.
 

No comments:

Post a Comment