Saturday 18 October 2014

Guru-Guru vs Pengetua

bukan kejadian ragut
bukan kes colek budak
bukan kes rogol
bukan kes bunuh
bukan kes pecah rumah
dan bukan juga kes curi mesin atm
tapi ianya sesuatu yang agak pelik
iaitu
seramai 140 orang guru2 sebuah sekolah menengah di pasir puteh ingin mengadakan satu majlis makan atas nama kelab mereka di sebuah hotel terkemuka di kota bharu
untuk tujuan itu
usaha dibuat untuk mendapatkan 'sponsor'
usaha itu berjaya apabila 'sponsor' yang dicari itu diperolehi
malangnya
pengetua sekolah yang berkenaan itu pula menolaknya mentah2
alasannya ialah
kononnya tidak mahu guru2 dibawahnya terlibat dengan sebarang bantuan dari sumber lain kecuali dari sumber yang direstui oleh ketua sahaja
guru2 menjadi marah kerana menganggap pengetua merekalah yang memandai2 ingin mempolitikkan aktiviti kelab
soalan saya
apakah ada dalam peraturan kementerian pelajaran bahawa untuk sebarang kegiatan kelab seperti majlis makan contohnya
maka 'sponsor' lain tidak dibenarkan melainkan yang dipersetujui oleh ketua parti sahaja?
saya tidak yakin peraturan seperti ini ada
dan saya yakin ketua pun tidak kisah dan tidak menghalangnya walau siapa pun hendak 'sponsor'

No comments:

Post a Comment