Sunday 5 October 2014

G7 UMNO Pasir Puteh

salah seorang kepimpinan utama UMNO Bahagian Pasir Puteh ada menelefon saya pagi tadi
panjang juga perbualan kami kerana dah lama beliau tidak menghubungi saya
tapi saya tak kisah sebab beliau yang call
saya pun baru teringat bahawa ada pertandingan bagi G7 dalam Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Pasir Puteh pada 20 Sept yang lalu
barangkali itulah juga tandanya saya sudah tidak begitu berminat nak ambil tahu tentang perkembangan UMNO Pasir Puteh
sehinggakan mereka yang bertanding dan menang pun saya lupa nak ucapkan tahniah
sehinggalah kawan yang menelefon kepada saya tadi memaklumkannya
dengan itu dan dikesempatan ini
saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang menang itu
bawalah mandat yang diamanahkan oleh ahli2 UMNO dengan sebaik mungkin ke Perhimpunan Agung nanti di Kuala Lumpur
walaupun G7 hanyalah berstatus 'perwakilan' sahaja
itu bukan semata2 bermakna tugas anda hanya setakat itu sahaja
jadikanlah kemenangan itu sebagai ukuran bahawa ahli2 UMNO masih memerlukan anda aktif bersama barisan kepimpinan Bahagian
tetapi berubahlah kepada sikap yang baru
sikap yang lebih sederhana dan mengutamakan keharmonian
kearah satu matlamat iaitu
perpaduan orang2 melayu melalui dua parti terbesar orang2 melayu iaitu UMNO dan PAS

No comments:

Post a Comment