Sunday 19 October 2014

Tayang Diri Dalam Faebook

bermacam2 gaya menarik dalam FB ni
ada yang suka tayang diri sendiri
ada yang tidak
ada yang suka tayang diri bersama anak isteri
ada yang tidak
ada yang suka tayang diri bersama kawan2
ada yang tidak
ada yang suka tayang diri bersama rumah besarnya
ada yang tidak
ada yang suka tayang diri bersama kereta mewahnya
ada yang tidak
itu semua tak salah
itu semua adalah warna warni Facebook
namun yang paling saya suka ialah
orang yang suka tayang orang lain
orang lain yang tiada mengena dengan tali persaudaraan
kerana
bila terlalu banyak sangat tayang perihal sendiri
saya rasa macam nak jual2 dan lelong pulak
atau masuk bakul angkat sendiri
walau bagaimana pun
kawan2 yang sudah bertahun2 bersama saya
tak ramai yang seperti ini
orang yang baru kenal FB nampaknya ghairah
terutamanya mereka yang ada pangkat dan bergaji besar
mungkin bila dia dah faham orang bukan pun suka sangat tayangannya
beliau akan 'slow down' sikit tayangan diri sendirinya itu
kerana bagi saya
disamping paparan hiburan atau santai sekadar untuk meredakan ketegangan urat saraf
FB sepatutnya dimanfaatkan lebih kepada tujuan untuk mendapatkan info dan perkongsian ilmu
bukan semata2 untuk iklankan 'siapa aku'
nota tambahan:
1) posting tayangan diri sendiri yang baik ialah posting yang ada kena mengena dengan sesuatu program, bukan posting tayang kejayaan anak contohnya, kerana ramai lagi anak2 orang lain pun berjaya jugak tapi mereka tak mahu 'menyohor'
2) contoh terbaik ialah pelajar perempuan paling cemerlang semerak tahun lepas dengan pencapaian 10A's SPM, bapanya ada bersama saya dalam FB ini, tak pernah sekali pun bapanya buat posting tentang kejayaan anaknya, manakala anaknya pula bila saya minta untuk ambil gambar dan poskan ke dalam FB, macam menangis2 minta supaya saya jangan buat, dia kata ramai lagi yang lebih tinggi berjaya daripada dia, (pelajar ini sekarang di UiTM buat asasi sains)

No comments:

Post a Comment