Tuesday 7 October 2014

Nama Profil dan Gelaran Dalam Facebook

dalam FB ni kita boleh dapati berbagai2 ragam orang
ada yang diam seribu bahasa
'Comment' tak pernah "Like' pun tak pernah
ada yang 'Like' sahaja sepanjang masa tapi 'Comment' takdak
ada yang 'Like' dan 'Comment'
apa pun
mereka semua tetap kawan2 saya
begitu juga dengan nama profil
ada yang bubuh nama sahaja
padahal dia ada Dato' atau Datuk atau Datuk Seri
ada juga yang berpelajaran tinggi
seperti Prof. atau Dr. atau Ir.
tapi tak mahu bubuh pada nama mereka
mereka yang jenis ni saya rasa lebih bijak
berbanding yang suka pamerkan gelaran dan taraf pengajian mereka
kerana lambat laun pun
orang tahu juga akhirnya
sebab itu ramai dalam senarai kawan2 FB saya
yang saya tahu mereka ada sesuatu di depan nama mereka
walaupun tidak dibubuhnya pada nama mereka
itulah kerendahan hati mereka
mereka ini sangat istimewa bagi saya
terima kasih kepada semua kerana sudi berkawan dengan saya
saya doakan semoga anda semua sihat sejahtera sepanjang masa

No comments:

Post a Comment