Sunday 26 October 2014

Jambatan Rosak Akibat Treler Bijih (2)

pada 08/10/2014 saya muatnaik gambar dan keterangan berbentuk aduan tentang kerosakan 'Jambatan Kamaruddin' di Semerak ke dalam Facebook dan Blog saya ini
pihak JKR telah menerimanya dan memberikan respon terhadap aduan saya itu melalui Facebook
pada 26/10/2014 (selang 18 hari selepas itu) kerosakan ini sudah selesai dibaikpulih
pertama
bagi pihak semua pengguna jambatan ini terutamanya penduduk semerak
saya ucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada JKR
semoga tiada lagi kemalangan langgar belakang sepertimana yang pernah berlaku itu
kedua
Facebook sememangnya bermanfaat untuk orang ramai
gambar 1 pada 08/10/2014
gambar 2 pada 26/10/2014 iaitu hari ini



No comments:

Post a Comment