Thursday 9 October 2014

Jalanraya Semerak dan Lembu-Lembu Yang Tidur Atas Jalanraya

saya cadangkan supaya MDPP kuatkuasakan semula peruntukan undang2 dengan lebih keras dan tegas menangkap dan menyita semua lembu2 yang berkeliaran di atas jalanraya utama Semerak.
Janganlah dibiarkan lembu2 ini mengganggu lalulintas yang kadang2 boleh menyebabkan kemalangan maut kepada pengguna jalanraya sepertimana yang baru berlaku semalam itu.
Harap isu ini dibawa ke dalam mesyuarat Ahli Majlis secara serius dengan segera.
Terlalu bertolak ansur dalam perkara ini hanya kerana lembu2 ini makanan kita tidak menjamin keselamatan jalanraya terutamanya pada waktu malam.
— with Ramli Mohamad.
Seorang remaja berumur 18 tahun maut apabila mengelak lembu dan bertembung dengan sebuah lori mini.
Kejadian berlaku semalam di jalan semerak ke Kuala Besut selepas selekoh wak isa atau orang semerak panggil 'konar wak isa'
Namanya Mohd Lukman Ibrahim sedang menjalani latihan di IKM Bachok dan bekerja sementara di 7-E Kuala Besut.
Beliau ialah anak yang ke-13 dan bongsu dalam keluarganya.
Rumahnya berhadapan dengan kedai satey yang ibunya menjual nasi berlauk pagi di bangsal hadapan rumah.
Al-Fatihah dan Takziah kepada kedua2 ibubapa dan ahli keluarganya.

No comments:

Post a Comment