Friday 24 October 2014

PDRM dan Orang Ramai vs Pencuri Di Semerak

orang tua dulu2 pernah berkata
'sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga'
mungkin peribahasa ini masih lagi boleh dipakai walaupun zaman sudah berubah
seorang pencuri siang sudah berjaya ditangkap polis petang semalam
tatkala sedang mencuri peralatan kabel telefon di sebuah menara
kalau dak
sudah tentu line internet saya pun terganggu
syabas PDRM semerak dan pasir puteh
kejayaan tuan2 sangat2lah dihargai oleh masyarakat semerak
sekarang pihak polis sedang memantau kegiatan sekumpulan pencuri lagi
yang aktif melakukan kegiatan mencuri motor dan pecah rumah
kumpulan ini dikatakan lebih 'syndicated' kerana mereka ada bos yang mengatur program mereka dan menjadi jurujual barangan curi itu
saya harap mereka dapat ditangkap oleh polis sekaligus melumpuhkan kegiatan ini
syabas diucapkan kepada orang ramai yang memberikan kerjasama kepada pihak polis terutamanya penghulu mukim semerak
merekalah yang bersungguh2 membantu pihak polis dalam usaha membanteras kegiatan ini
sebab itu saya selalu katakan bahawa usaha ini harus diberikan kerjasama dan komitmen oleh semua pihak tanpa mengambilkira fahaman politik
pencuri umno tidak mencuri motor orang pas atau pecah masuk rumah orang pas sahaja
pencuri pas pun tidak mencuri motor orang umno atau pecah masuk rumah orang umno sahaja
mereka tidak kira siapa
asalkan ada peluang sahaja
mereka akan sapu habis2
dengan tertangkapnya seseorang pencuri itu
manfaatnya bukan sahaja diperolehi oleh orang2 pas sahaja
orang2 umno pun mendapatnya juga

sebab itu saya menjadi marah apabila Rukun Tetangga atau RT Cherang Ruku tidak berfungsi hanya semata2 kerana JPNIN tidak mahu bertegas menukar pengerusinya
gambar di bawah ialah penjenayah yang dimaksudkan itu
mengikut kad pengenalan datangnya dari Kg Batu Berendam Gaal
harap pihak polis menjalankan siasatannya secara lengkap dan rapi keatas pesalah ini
mungkin beliau ada kawan2 lain yang menjalankan aktiviti yang sama juga
teruskanlah heret mereka ini ke mahkamah
jika terbukti bersalah
biarlah mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal mengikut peruntukan undang2
jika pesalah ini dari keluarga miskin
tiada kerja dan lapar
berikanlah peluang kerja yang sewajarnya
jika selepas itu masih juga mencuri lagi
tak tahulah saya apa nak dikata lagi
mungkin pusat pemulihan persinggahan mereka yang terakhir


No comments:

Post a Comment