Wednesday 1 October 2014

Isu Kenaikan Harga Petrol Ron95 - Komen2 Terpilih Dari Facebook

Kenapa tak cakap awal nak naik? Kalau tidak kita boleh tahu keputusan rakyat di DUN Pengkalan Kubor... Itulah ukuran sebenar...


Menang PRK Pengkalan Kubor tu, semacam menggambarkan bahawa mood rakyat dah mulai menyokong BN..
Tup-tup, BOOM..!! Subsidi RON95 kurang 20 sen.., minyak pun naik 20 sen seliter. Anti-climax betul pentadbiran Najib ni.
Kalau setakat minyak sahaja yang naik, buleh faham laa..; tapi biasanya selepas ni, habis segala benda dalam Malaysia ini akan naik harga. Segala jenis makanan, rumah, hatta kadar letrik pun mungkin naik harga. Kenaikan semua benda ini sebenarnya akan melipat-gandakan lagi keuntungan segolongan peniaga2 besar yang seronok setiap kali kerajaan membuat keputusan sebegini.
Ungkapan 'tidak memberi kesan yang besar kepada rakyat' adalah suatu 'rhetoric of politicians.' I have heard it too often in my life.
Najib ni orang baik.., keturunan bagus2.., tetapi tak nampak ada kebijaksanaan macam Tun Mahathir. Tu yang sedih tu...
Dear Najib's advisors,,
Can't you all think of something else..??


Naik tarif air, letrik, kereta, motosikal, rumah, simen, pasir, besi, kayu, tanah, getah, kelapa sawit, padi, tambang haji, baju, seluar dalam, stokin, kasut, selipar jepun, tambang bas, kereta sewa, gaji, elaun, aku tak terasa lagi... tapi kalau naik petrol... memang aku melenting sungguh-sungguh...


Selamat pagi dengan menikmati harga baru minyak. Apa pun alasan yang tuan berikan harga baru petrol terlalu tinggi walaupun timbalan menteri cuba memujuk hati dengan alasan rasionalisasi. Tuan tidak berada di tempat kami. ...marhaen yang akan terus dihukum dengan pelbagai kenaikan harga barangan keperluan. Tuan akan terus bertahan dengan ucapan wasatiah sedangkan rakyat semakin naik minyak. Jika tuan tidak pedulikan suara rakyat saya bimbang rakyat tidak akan peduli tuan di peti undi nanti. Jika tuan biar rakyat gelisah tuan akan tahu kegelapan masa depan anak kami yang dibelenggu kegelisahan angkara perbuatan tuan. Lihatlah apa yang berlaku kepada Marcos...Suharto dan Gamal Nasir. Kenaikan harga minyak menaikkan kegelisahan rakyat. Harap tuan maklum dan dengar suara rakyat.

Sebuah sajak yang dihantar ke dalam Facebook....
 
Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.
Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang Facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si PHD mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku tak nak hilang perikemanusiaan...

Sebuah lagi sajak yang saya perolehi dari Facebook....

Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina
Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap setiap hari
Mudah pula tuan berkata
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula
Jangan guna jalan jika tol naik berganda
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia
Kami umpama kain basahan
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan
Merana kami tuan kesenangan
Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak
Diusul kami tuan amuk sampai koyak
Kami senyum lihat tuan makin menggalak
Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan
Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan
Tuan jangan lupa
Kami manusia biasa
Sabar kami ada tahapnya
Luka kecil boleh menjadi nanah juga
Jangan sampai menjadi barah pula
Cukuplah tuan menyeksa
Cukuplah tuan buat kami merana
Kuasa tuan dari kami
Naiknya tuan dari kami
Jatuhnya tuan juga dari kami..

No comments:

Post a Comment