Monday 6 October 2014

Roda Gergasi Tapak Ekspo Pasir Puteh Rosak

saya baru dimaklumkan bahawa ada sesuatu berlaku malam ini di tapak ekspo pasir puteh
roda besar yang berpusing telah mengalami kerosakan semasa ramai kanak2 sedang menaikinya
jenis kerosakan saya tak pasti tapi dengar kata ramai orang terpaksa berpadu tenaga menyekat roda itu secara manual dari berpusing supaya kanak2 itu boleh diturunkan
selepas satu kumpulan diturunkan roda itu terpaksa dilepaskan semula untuk berpusing lagi
bila slow sikit orang ramai menyekatnya sekali lagi untuk turunkan kumpulan lain pula
begitulah seterusnya sehingga semua kanak2 diturunkan
keadaan menjadi kelam kabut dengan jeritan dan tangisan kanak2 yang ketakutan
saya harap pihak berwajib yang mengeluarkan permit atau lesen seperti MDPP segera melakukan pemeriksaan esok untuk mempastikan keselamatan pengunjung2 terutamanya kanak2 terjamin
nasib baik tiada berlaku apa2 yang boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan maut

No comments:

Post a Comment