Tuesday 21 October 2014

Kes Kecurian Yang Meningkat Di Semerak dan Rukun Tetangga Yang Tidak Berfungsi

di semerak kes curi motor dan pecah rumah semakin menjadi2
kalau dulu aktiviti ini dijalankan pada waktu malam
sekarang siang hari pun 'gomo'
saya tidak mahu menyalahkan pihak polis walaupun ramai yang beranggapan begitu
pada saya selagi masyarakat itu sendiri tidak mahu berbuat apa2
selagi itulah masalah ini tidak dapat diselesaikan
pihak polis bukan tidak mahu bertindak
mereka tahu tugas dan tanggungjawab mereka
namun jumlah anggota yang ada masih jauh dari cukup untuk menjaga 'sebutir' kawasan semerak
sebab itu saya pernah tekankan supaya RT segera diaktifkan dengan aktiviti ronda kawasan untuk membantu pihak polis
malangnya
sampai hari ini belum ada sebarang inisiatif kearah itu oleh mana2 pihak terutamanya JPNIN dan RT Cherang Ruku

No comments:

Post a Comment