Monday 6 October 2014

Anak Angkat Yang Telah Berjaya Dalam Pelajarannya

pada tahun 2002 yang lalu
saya berulang dari semerak ke pasir mas
masa tu saya bertugas di sana
kadang2 balik lewat malam melalui gong kedak
orang kata jalan ni ngosek
pada satu malam
saya berselisih dengan seorang budak yang sedang gateh basikal di kawasan kaki bukit peraksi
di belakangnya ada sorang lagi yang lebih kecil
malam tu hujan renyai2
saya terkejut tapi tak berhenti
selepas itu acap kalilah saya berselisih dengannya
saya kata
budak ni bukan hantu tapi budak sekolah agaknya
tapi saya heran dia dari mana malam2
saya pun balik bercerita kepada orang rumah saya
salah seorang anak saya dengar apa yang saya cerita
dia pun terus bagitau
'itu amin abah
saing sekelas kito'
saya pun tanya
'dia mari mano dengan adik dia malam2?
anak saya jawab
'dia mari kelas malam sebab tahun ni perikso'
saya tanya
'rumoh dia mano?
anak saya jawab
'rumoh dia tepi jalan dalam baroh'
esok saya terus ajak orang rumah saya gi cari rumah dia
bila jumpa saya terus naik
rupa2nya betul budak itu gi kelas malam dan bawa adik dia sebagai teman
ringkas cerita
saya pun mintalah daripada datuk dia supaya budak ni tinggal dengan saya kerana rumah saya lebih dekat dengan sekolah dan anak saya pun sekelas dengan dia
(ibubapa budak2 ni berpisah dan dia tinggal di rumah datuknya)
malangnya datuk budak ni tak bagi
maklumlah dia pun belum kenal saya
saya pergi lagi sekali kemudian dan minta lagi
kali ini saya turun langkah kanan
selepas dipujuk2 dan dirayu2
datuk dia lepaskan
pada masa tu saya begitu gembira padahal saya sudah ada 8 orang anak kerana orang rumah saya dan saya tak mandul
hari ini budak ini sudah besar
sudah lulus universiti
sudah bekerja
dan petang ini datuknya buat majlis nyambut nantu
saya baru balik dari kenduri itu
tiada kata2 yang dapat saya lakarkan untuk membayangkan betapa bersyukurnya saya apabila seorang budak yang pernah saya ambil sebagai anak angkat telah berjaya dalam pelajarannya
walaupun budak ini tinggal hanya untuk seketika sahaja bersama saya dulu
alhamdulilLah
(berair mata saya mengenangkan kesusahan budak ini pada masa itu)

No comments:

Post a Comment