Friday 10 October 2014

Semerak - Pekan Koboi

tong sampah sentiasa bersih
lori mdpp datang angkut sampah ikut jadual
kawasan kiri kanan jalan utama sentiasa bersih
kecuali longkang yang tidak diselenggarakan
ada petugas yang bertugas setiap hari sapu sampah
pantai bisikan bayu pun sentiasa bersih
tinggal lagi belum ada kemudahan2 tertentu untuk orang ramai dengan secukupnya
namun
semerak sudah lama berkeadaan tidak tersusun
paling utama keadaan pasarnya
hidup segan mati tak mahu
hanya beberapa gerai sahaja yang ada penjualnya
kerana ramai yang dibiarkan menjual ikan dan sayur serta buah2an secara bebas merata2 di tepi jalan
sepatutnya mereka di'paksa' supaya menjual di pasar mengikut peruntukan undang2 perbandaran
bukan sesuka hati membina gerai persendirian di mana2
pihak mdpp sepatutnya boleh berunding dengan kedai runcit di depan kawasan pasar
supaya pindah dengan satu bayaran pampasan yang sesuai
barulah orang boleh nampak pasar itu
dan tapak kedai runcit itu boleh dijadikan tapak parking kereta yang lebih lega dan selesa
orang tahu pasar ada tapi tak nampak kerana terlindung oleh kedai runcit itu
kalau nampak dan masuk pun keadaannya lengang
lebih baiklah tahu dan nampak
dan pasar itu hendaklah juga dinaiktaraf
sekurang2nya catlah semula
walaupun dengan warna hijau
— with Wan Ramli Wan Ibrahim and 2 others.

No comments:

Post a Comment