Monday 27 October 2014

Kakitangan Jabatan Perhutanan Besut Yang Hilang 6 Malam Kembali Semula

susulan kehilangan 6 orang kakitangan jabatan perhutanan besut di satu hutan bergunung sejak malam 21hb Okt 2014 sehingga 26hb Okt 2014 (6 malam)
salah seorang yang terlibat itu adalah adik ipar saya sendiri
beliau adalah diantara 3 orang yang berpecah dari 3 orang yang lain apabila kedua2 kumpulan ini sesat dengan tiba2 dan tidak semena2
kumpulan adik ipar saya berada di bahagian atas gunung manakala kumpulan yang satu lagi berada di bawah
pada hari ke-5 mereka menjumpai semula jalan keluar tetapi terhalang pula oleh air sungai yang naik disebabkan hujan lebat
sekarang semua mereka sudah pulang ke rumah masing2 dengan selamat setelah land rover jabatan perhutanan masuk mengambil mereka

alhamdulilLah syukur
walau bagaimana pun
saya dimaklumkan bahawa ketua jabatan ini agak tidak senang dengan posting dalam Faebook
katanya beliau khuatir perkara ini sampai kepada pengetahuan pengarah negeri
ini bermakna bahawa kejadian ini tidak dimaklumkan kepada pengarah 

mungkin disebabkan tiada tindakan segera dilakukan untuk mengesan kakitangan2 yang hilang ini sebaik sahaja mereka tidak keluar pada hari khamis sebagaimana dijadualkan
saya harap ketua yang berkenaan itu memperbaiki sikapnya
janganlah kerana cuti umum maka diberikan jawapan seperti ini contohnya
'cuti umum, ambo tak bertugas hari ini'
soal kebajikan kakitangan bawahan hendaklah diberikan keutamaan tambah2 dalam kes seperti ini walaupun cuti umum
nasib baik isteri2 kakitangan yang terlibat itu tidak membuat laporan polis
jika tidak
sudah tentu keluar dalam berita tv dan surat khabar

No comments:

Post a Comment