Tuesday 30 September 2014

Cherang Ruku Semerak dan Program Rondaan Kawasan (2)

Cadangan penubuhan kumpulan rondaan kawasan telah dibawa ke dalam mesyuarat peringkat DUN oleh Sdr Wan Ramli Wan Ibrahim, Penghulu Mukim Cherang Ruku pada pagi 30hb Sept 2014 di pejabat Penyelia PAS DUN Semerak.

Terima kasih diucapkan kepada Sdr Wan Ramli dan juga kepada En. Wan Timbalan OCS Balai Cherang Ruku yang telah menzahirkan rasa prihatin beliau dalam soal ini.

Semoga kumpulan ini dapat segera diwujudkan sekaligus memulakan aktiviti rondaan sepertimana yang diperlukan oleh masyarakat setempat. Ini juga bermakna bahawa pemimpin2 PAS tempatanlah yang membuat langkah2 awal.

Walau bagaimana pun, didalam soal seperti ini kalau pun pihak yang lain iaitu JPNIN hendak juga mewujudkan kumpulan rondaannya sendiri dibawah RT, saya berpendapat ianya adalah sesuatu yang baik juga. Biarlah dalam soal politik orang ramai berpecah kerana berbeza pegangan dan fahaman tetapi dalam soal atau isu keselamatan dan kesejahteraan biarlah hendaknya semua pihak berpakat. Pencuri tidak pernah mengambilkira rumah siapa yang akan dipecah masuknya. Rumah hijau dia masuk rumah biru pun dia masuk juga asalkan ada peluang baginya.

Oleh itu, adalah juga diharapkan supaya tiada pihak yang terlalu memikirkan tentang keuntungan politik atau 'political mileage' tetapi mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat dimana semua orang adalah juga sebahagian darinya.

Semoga program rondaan ini sekurang2nya dapat membantu pihak keselamatan dalam usaha membanteras atau mengurangkan gejala pecah rumah yang semakin menjadi2 ini sekaligus juga membantu masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment