Tuesday 2 September 2014

Nelayan Sangkar dan Jabatan Perikanan Malaysia

salah satu daripada aktiviti cari makan menampung hidup menyara keluarga orang2 semerak ialah aktiviti ikan dalam sangkar
mereka adalah kaum nelayan ikan sangkar
namun sekarang kos operasinya sudah semakin tinggi dan tidak 'viable'
harga makanan ikan mahal dan risiko ikan mati pun tinggi juga
contoh permulaan anak ikan berjumlah 3 ribu ekor
yang tinggal hanyalah 500 sahaja
ini disebabkan oleh pengaliran air yang tidak sesuai kerana sungai semerak di penghujungnya belum dibina muka kuala
oleh itu air yang masuk semasa pasang membawa bersama sisa2 minyak bot nelayan laut dalam yang berpengkalan tidak jauh dari sangkar2 ini
jika saangkar dibuat di kawasan yang agak jauh ke dalam pula
masalah limpahan air yang berasid dari hulu sungai pula mengalir turun menyebabkan ikan2 itu mati
jabatan perikanan harus mengkaji masalah ini secara mendalam
bukan datang ke semerak dan memaklumkan kepada nelayan2 ini bahawa muka kuala yang dicadangkan itu akan dibina tak lama lagi oleh kerajaan
semata2 untuk menyedapkan hati mereka sahaja

No comments:

Post a Comment