Sunday 7 September 2014

PAS Yang Ketinggalan

yang ni bukan kelakar
serious
kerana yang menulisnya ialah seorang professor universiti....

"Saya nyatakan PAS ketinggalan kerana gagal mengambil peluang politik yang ada. Peluang politiknya ialah untuk memantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat atau mengeratkan hubungannya dengan UMNO. PAS perlu memilih salah satu antara dua ini dan keputusan PAS itu hendaklah dibuat secara cepat dan tepat.

Sekiranya PAS mengambil jalan untuk bersendirian, saya katakan PAS akan ketinggalan kerana harapannya untuk berkongsi kuasa dalam negara tipis sekali. Ini mengenangkan rekod pencapaian terbaiknya hanyalah memenangi 27 kerusi sahaja dalam PRU 1999."
 
 
PAS KETINGGALAN: JAWAPAN SAYA

Tulisan ini adalah untuk menjelaskan kenyataan saya dalam akhbar Sinar Harian pada 5 September 2014 bertajuk Cara Politik PAS Ketinggalan.

Betul saya berkata demikian. Saya kata politik PAS ketinggalan dan tidak relevan untuk abad ke-21. Yang tidak betul ialah akhbar tersebut tidak menjelaskan apa yang saya maksudkan dengan “PAS ketinggalan” dan “tidak relevan untuk abad ke-21.”

*******************************
Saya nyatakan PAS ketinggalan kerana gagal mengambil peluang politik yang ada. Peluang politiknya ialah untuk memantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat atau mengeratkan hubungannya dengan UMNO. PAS perlu memilih salah satu antara dua ini dan keputusan PAS itu hendaklah dibuat secara cepat dan tepat.

Sekiranya PAS mengambil jalan untuk bersendirian, saya katakan PAS akan ketinggalan kerana harapannya untuk berkongsi kuasa dalam negara tipis sekali. Ini mengenangkan rekod pencapaian terbaiknya hanyalah memenangi 27 kerusi sahaja dalam PRU 1999.

Yang saya maksudkan dengan politik PAS tidak relevan untuk abad ke-21 adalah kerana dua sebab. Pertama, keputusannya yang flip flop dan sering bertukar berkaitan dengan pencalonan nama MB. Strategi flip-flop ini bukanlah kaedah membuat keputusan yang baik untuk abad ini. Kedua, sikap PAS yang mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan berkaitan dengan pencalonan nama MB kerana itu membuatkan iklim politik kita menjadi panas dan resah.

Tidak Islamikkah saya dengan hanya sekadar pandangan itu? Kepada rakan-rakan penyokong PAS, belajar untuk bersabar dalam memberi komen kerana itu juga tuntutan agama. Jangan mudah melempar tuduhan takut-takut itu menjadi fitnah.
  • Kaswandi Md Ambia Memang pendapat Prof Agus itu berdasarkan 'fakta' dan kajian sosiologi di bumi Kelanta [beliau anak watan], iklim poltik semakin berubah, generasi 'pembayar PTPTN dan loan MARA' sekarang ni akan merubah iklim tersebut ...menjadi lebih panas dan lebih matang [dan PAS mengatur langkar lebih strategik!].
  • Wan Malek terima kasih prof kaswandi
  • Wan Malek saya akan copy & paste semua ke dalam blog saya termasuk komen prof

No comments:

Post a Comment