Sunday 14 September 2014

Lori Bijih dan Jalan Yang Rosak (revised)

saya lama dah duk heran
bakpo lori2 bijih masih seperti biasa
berjalan dan merosakkan jalan disebabkan muatannya masih juga melampaui batasan had yang dibenarkan undang2
ini sangat pelik bagi saya dan semua pengguna jalanraya ini
tiada langsung tindakan oleh pihak berkuasa
atau mungkin sememangnya pihak berkuasa tidak boleh berbuat apa2
jika begitulah halnya
ini bermakna ada sesuatu yang amat pelik
yang seharusnya didedahkan kepada orang ramai
tetapi tidak boleh didedahkan
betulkah bahan yang diangkut itu hanya besi?
betulkah bahan yang diangkut itu hanya tanah?
atau terdapat bahan2 lain yang hanya pihak tertentu sahaja yang tahu?
dan bahan yang berkenaan itu tersangat tinggi nilainya di pasaran dunia?
sebab itu negara yang membelinya ialah negara yang besar?
besar kuasa ekonomi dan besar kuasa politik serta besar kuasa ketenteraannya?
mungkinkah niainya melebihi emas dan berlian?
mungkinkah ianya sesuatu yang paling mahal dalam dunia?
yang boleh menjana bekalan elektrik untuk sebuah bandaraya besar hanya dengan jumlah sebesar seketul jongkong?
tetapi bahan itu terlalu sedikit jika muatannya sekadar 50 metrik tan bersama tanah?
mungkin jika 95 metrik tan muatan tanah
bolehlah satu sudu teh setelah dileraikan di kilang luar negeri?
kerana kilang atau 'plant' seumpama itu tidak ada dalam negeri?
walaupun sedikit namun harganya mencecah jutaan bahkan berbilion ringgit?
semua ini ada kemungkinannya dan ada tandatanyanya
kerana terlalu pelik apabila sejak dari dulu sampai sekarang
lori2 ini berjalan dengan muatan yang melebihi had muatannya
seolah2 tiada apa2 masalah dan gangguan dari pihak berkuasa
orang kelantan panggil
'tak bedegih' langsung

No comments:

Post a Comment