Friday 19 September 2014

Guru Besar dan Isu Kertas Soalan UPSR Dibocorkan

Ada guru besar yang meminta saya delete posting saya ini.
Beliau kata pengarah jpn kelantan ada menghantar sms kpd semua guru2 besar seluruh negeri kelantan beberapa kali meminta supaya jangan sesiapa menulis atau membuat sebarang kenyataan menyentuh isu ini kerana pihak polis sedang menjalankan siasatannya.
Saya rasa saya tak perlu delete kerana posting saya ini hanyalah sekadar menggambarkan pandangan dan rasa peribadi saya sendiri sebagai seorang rakyat biasa sahaja.
Ianya tidak mengandungi sebarang unsur tuduhan terhadap mana2 pihak kecuali pertanyaan dan nasihat sahaja.


petang tadi saya terkejut apabila ditanya tentang seorang guru besar sebuah sekolah rendah di semerak yang ditahan reman ekoran kes pembocoran kertas2 soalan peperiksaan upsr baru2 ini
saya terkejut kerana saya tidak tahu menahu tentang perkara ini
selama ini saya duk fikir pembocoran ini dilakukan diperingkat kementerian dan tidak munasabah berlaku diperingkat sekolah
walau bagaimana pun
biarlah pihak berkuasa menjalankan kerja mereka
kita tunggu dan lihat sahajalah

No comments:

Post a Comment