Sunday 14 September 2014

Royalti dan MAIK

yang pertama
saya tak faham bila Tok Pa kata "....kita anggap MAIK sebagai kerajaan negeri."
MAIK ada tok ngulu ko di kampong2?
kalau dia kata ".... kita anggap MAIK sebagai 'wakil' kepada kerajaan negeri manakala JPP sebagai 'wakil' kepada kerajaan pusat"
itu saya setuju
yang kedua
bagaimana nak suruh pas hentikan kempen royalti sedangkan pada hari penamaan calon pun mereka dah pakai selendang atau baju 'R'?
komen peribadi saya : saya rasa Tok Pa dah tak berapa 'rock' atau mampu untuk terus jadi pengerusi perhubungan UMNO negeri Kelantan kerana tempuh pemikirannya dah 'expired' dan tidak lagi sesuai atau relevan dengan tuntutan zaman.
komen anda?

"Kerajaan pusat setuju setelah ada perbincangan dan mula tahun depan maknanya wang ihsan akan dibahagi 50-50 lah lebih kurang antara JPP dan Majlis Agama Islam di Kelantan (Maik).
"Ini sudah ada persetujuan secara prinsip cuma saya difahamkan, belum ada tandatangan lagi. (Hanya) mesyuarat di Kementerian Kewangan. Kita anggap Maik sebagai kerajaan negeri," katanya kepada media di Pengkalan Kubor hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-harus-hentikan-kempen-isu-royalti-minyak-kata-tok-pa#sthash.MutMd1WJ.ShRXz6ww.dpuf
PAS perlu menghentikan kempen menuntut royalti minyak di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kerana Putrajaya...
themalaysianinsider.com
Ahmad Dollah ambo serabut ngan tindak-tanduk UMNO dlm isu royalti/bayaran tunai ni.. soalan ambo mudah jah., Apakah Kelantan berhak keatas royalti/bayaran tunai/wang ehsan spt yg termaktup dlm perjanjian antara Petronag dng Kerajaan Negeri.? kalu ada hak; bui dan kalau tidak ada hak; jangan bui. Ambo kesie ko DAA yg buat penerangan di TV (satu ketika dulu) dan diceramah2.. beliau kata Kelantan Tiada Hak keatas royalti/bayaran tunai/wang ehsan dari hasil minyak dan gas sbb telaga2 itu berada diluat 3 batu nautika dari perairan Kelantan., malah beliau dan pemimpin2 UMNO menyanggah kenyataan Ku Li. SEPATUTNYA UMNO MESTILAH KONSISTEN DLM ISU INI, BUKAN BERDOLAK-DALIK (KALAU UMNO BENAR).
7 mins · Unlike · 1

PAS harus hentikan kempen isu royalti minyak, kata Tok Pa

Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu royalti yang dimainkan PAS tiada maknanya kerana sumbangan wang berkenaan sudah pun disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan dalam bentuk wang ihsan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2014. Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu royalti yang dimainkan PAS tiada maknanya kerana sumbangan wang berkenaan sudah pun disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan dalam bentuk wang ihsan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2014. PAS perlu menghentikan kempen menuntut royalti minyak di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kerana Putrajaya sudah pun memberikan wang ihsan kepada Kelantan, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata, isu royalti yang dimainkan PAS itu tiada maknanya kerana sumbangan wang berkenaan sudah pun disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
"Kerajaan pusat setuju setelah ada perbincangan dan mula tahun depan maknanya wang ihsan akan dibahagi 50-50 lah lebih kurang antara JPP dan Majlis Agama Islam di Kelantan (Maik).

"Ini sudah ada persetujuan secara prinsip cuma saya difahamkan, belum ada tandatangan lagi. (Hanya) mesyuarat di Kementerian Kewangan. Kita anggap Maik sebagai kerajaan negeri," katanya kepada media di Pengkalan Kubor hari ini. Semalam, Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Nassuruddin Daud menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan janjinya memberi ruang kepada satu jawatankuasa royalti minyak Kelantan ditubuhkan bagi memeriksa butiran berkaitan.
Katanya, Muhyiddin juga perlu menjelaskan jika bukan royalti RM12 bilion perlu diberikan kepada Kelantan, maka berapakah jumlah sebenarnya.
Mustapa atau lebih mesra dengan panggilan Tok Pa berkata, bermula awal tahun hadapan, Maik akan mengawal separuh daripada wang ihsan yang diberi untuk disalurkan kepada rakyat Kelantan yang memerlukan.
Katanya dengan peruntukan itu, seharusnya rakyat Kelantan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bantuan yang kerajaan berikan.
"Khairat kematian yang layak dapat RM500. Masuk universiti daftar melalui JPP juga RM500. UPSR dapat, PMR dan SPM dapat sumbangan. Banyak untuk pelajar dan orang miskin.
"Itu antara perkara yang digunakan daripada wang ihsan tahun depan, sebahagian akan diagih pada agama Islam di Kelantan.
"Patut terima kasih tapi masih ada berkeliaran. Mereka patut letak sepanduk terima kasih pada kerajaan pusat," katanya. – 14 September, 2014.

No comments:

Post a Comment