Monday 22 September 2014

PARTI MANA MENANG DI PENGKALAN KUBOR?

PARTI MANA MENANG DI PENGKALAN KUBOR?
Hasil penelitian ringkas saya, BN dalam laluan untuk menang.
Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR. Maka, ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi. Dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini.
Mengapa anak muda bosan? Jawapan mudahnya kerana krisis Erdogan vs. ulama dalam PAS dan juga kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang kacau. Maka, harapan mereka untuk melihat PR membawa wajah politik baru negara hancur.
Bolehkah senario sekarang berubah? Boleh, dengan syarat ketua parti PAS, PKR dan DAP menunjukkan mereka masih lagi boleh berceramah di atas pentas yang sama di Pengkalan Kubor.
Begitupun jika ini berlaku, keterbatasan waktu yang ada tidak banyak merubah keadaan. Maka, UMNO bolehlah lega dengan senario ini.

No comments:

Post a Comment