Tuesday 30 September 2014

Cherang Ruku Semerak dan Program Rondaan Kawasan

Susulan kepada rungutan orang ramai di Semerak tentang RT Cherang Ruku yang masih belum diketahui bila akan digerakkan semula :-
Saya berpendapat bahawa :-

Usaha sepatutnya dilakukan oleh mana2 pihak yang memegang jawatan seperti Penghulu Mukim jika di sebelah pihak kerajaan negeri atau oleh Pengerusi JKKKP jika disebelah pihak kerajaan pusat.
Paling wajar ianya digerakkan melalui wakil rakyat dengan peruntukan kerajaan pusat kerana DUN Semerak diwakili oleh wakil rakyat BN.

Saya berkata begini kerana setakat hari ini masih belum nampak sebarang kemajuan dicapai oleh pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional atau JPNIN sendiri dalam usaha membantu menggerakkan RT Cherang Ruku walaupun ianya sudah lama wujud dibawah JPNIN.
.
Saya harap satu usaha baru dimulakan segera oleh mana2 pihak yang saya sebutkan di atas itu termasuk JPNIN kerana keperluan diaktifkan rondaan kawasan diwaktu malam sekitar kawasan mukim Cherang Ruku adalah amat kritikal sekarang ini. Tahap kritikalnya boleh dirujuk kepada Tuan OCS Balai atau mana2 anggota lain di Balai Polis Cherang Ruku.

Saya faham bukan sesuatu yang mudah apabila ianya melibatkan sejumlah peruntukan untuk tujuan itu. Sdr Wan Ramli Wan Ibrahim, Penghulu Mukim disebelah pihak kerajaan negeri pernah berkata kepada saya bahawa inilah yang perlu dijamin atau diperolehi dahulu sebelum program rondaan malam boleh digerakkan. Katanya, mereka yang menyertai kumpulan rondaan malam harus dibekalkan dengan peruntukan belanja makan dan minum secukupnya.

No comments:

Post a Comment