Friday 19 September 2014

Integriti Profesion dan Pesalah

bagi saya
tak kiralah apa kementerian
apa jabatan
dan apa profesion pun
semuanya 'orang'
yang boleh tahan dengan nafsu tamak haloba
akan bertahan kekal dengan integriti sendirinya
yang sebaliknya
akan bertahan juga sehinggalah dijumpai puncanya
ramai yang lepas
ramai juga yang tidak
ramai yang lepas kerana sememangnya jujur dan amanah
ada juga yang lepas kerana diarah
ramai yang tak lepas kerana sememangnya tamak dan bersalah 

ada juga yang tak lepas kerana dikambing-hitamkan
rasuah bermaharajalela
tak mengenal siapa
sebab itu samada profesion atau organisasi
integritinya tiada kena mengena dengan pesalah2 ini
kerana profesion lain
pesalah lain
cuma bila pencen
kalau yang bekerja sebagai guru
orang tetap panggil juga 'cikgu'
bukan kerana orang itu guru
tetapi kerana profesion yang mulia itu

No comments:

Post a Comment