Wednesday 24 September 2014

Golongan Atas Pagar - Penentu Menang Kalah

secara biasa atau normal
secara kasar dan secara puratanya
dan dimana2 pun
terjadi dua keadaan dalam setiap pilihanraya
tak kiralah samada ianya pru atau prk
a)
30% sudah diketahui akan tetap mengundi bn

letak siapa pun sebagai calonnya
30% sudah diketahui akan tetap mengundi pas atau pkr atau dap

letak siapa pun sebagai calonnya
20% tidak hadir atau tidak keluar atau tidak pulang dengan pelbagai alasan
maka 20% lagi itulah biasanya yang menjadi penentu seseorang calon itu menang atau kalah
golongan ini adalah golongan yang digelar sebagai golongan atas pagar
kebanyakan daripada mereka tidak pernah menganggotai mana2 parti politik atau mereka yang telah lama tidak aktif dalam politik
mereka inilah yang menjadi rebutan setiap calon yang bertanding pada setiap kali pilihanraya
mereka mudah dicam dan dikenalpasti
namun tak mudah untuk mengetahui sikap sebenar mereka
mungkin pada pilihanraya yang lepas pangkah calon bn
mungkin pada kali ini akan pangkah calon pas pula contohnya
terpulanglah kepada kebijaksanaan calon2 yang bertanding itu
dan terpulanglah juga kepada keputusan yang dibuat mereka
kerana itu adalah hak mereka sebagai pengundi biasa
mereka tidak terkongkong atau 'obliged' dengan sebarang jawatan politik
mereka berhak menilai semua isu politik secara bebas
dan merekalah golongan yang paling bernilai atau mahal pada setiap kali pilihanraya
walaupun selepas itu tiada siapa ambil peduli atau bertanya khabar lagi
b)
peratusannya masih tetap juga sama seperti di atas itu secara kasar dan puratanya
namun jika berlaku sesuatu yang diluar dugaan
seperti terdapat isu2 peribadi
orang2 dari sesebuah parti yang lain akan berduyun2 secara nyata menyeberang ke parti yang lain pula
jika ini berlaku
dari awal2 lagi sudah boleh diagak calon mana yang akan menang dan calon mana yang akan kalah
walau bagaimana pun
sesuatu isu peribadi itu bergantung kepada tahap keseriusannya
ada yang berbentuk sederhana dan sementara
maka untuk pilihanraya yang akan datang
usaha masih boleh dibuat untuk menarik semula pengundi2 ini
jika ianya berbentuk berat dan tidak boleh diperbetulkan lagi
maka untuk pilihanraya yang akan datang
usaha macam mana pun mereka tidak akan berpatah balik lagi
bagi mereka letaklah siapa pun sebagai calonnya
parti ini tidak akan disokong lagi sampai bila2

inilah yang pernah terjadi di tempat saya iaitu dun semerak
pada pru yang lalu

No comments:

Post a Comment