Thursday 25 September 2014

Calon Pilihanraya Yang Pernah Kalah Tidak Sepatutnya Menjadi Calon Lagi

apabila sampai masa pilihanraya
baik pru atau prk
maka perkara yang paling utama bagi semua orang ialah siapa calon2nya
kerana apabila mereka tahu siapa
mereka pun tahulah samada parti yang diwakilinya itu boleh menang atau pun sebaliknya
bahkan calon itu sendiri pun tahu juga samada dia boleh menang atau pun sebaliknya
ini mudah sahaja hendak disifirkan
orang baru yang belum pernah menjadi calon sudah tentulah tidak ada masaalah dengan orang ramai atau lebih tepat pengundi
tetapi jika orang yang sama menjadi calon lagi
tak banyak sikit pun sudah tentu ada masalah dengan orang ramai
maka orang barulah yang biasanya akan menang
jika dua atau tiga orang yang menjadi calon dan semua ketiga2 mereka orang baru
maka orang yang paling minima masalahnya dengan orang ramailah yang akan menang
saya melihat senario politik negara kita agak masih pra-matang lagi
ada banyak kes dimana calon yang sudah pernah kalah sehingga dua kali pun masih juga diberikan peluang menjadi calon lagi
saya tidak faham mengapa pihak yang membuat keputusan dalam kerja memilih ini masih juga mahukan orang seperti itu
saya tidak faham mengapa mereka tidak faham bahawa risiko meletakkan calon yang sudah pernah kalah adalah terlalu tinggi
di semerak contohnya
pada pru yang lalu menyaksikan calon baru dari bn menentang bekas calon dari pas
hasilnya calon baru yang menang
saya yakin diantara faktornya ialah kerana beliau belum ada masalah dengan orang ramai kerana belum pernah menjadi calon sedangkan calon yang kalah sudah banyak masalah dengan orang ramai
untuk itu
saya sedang menunggu ketibaan pru14 ini pula
saya nak tengok kalau2lah calon dari bn orang yang sama juga menentang pun orang yang sama lagi dari pas
jika ini terjadi
maka kedua2 calon dari bn dan pas ini adalah kedua2nya bekas wakil rakyat belaka
maka orang ramai atau pengundi akan menggunakan neraca mereka untuk menimbang calon mana yang mempunyai lebih banyak masalah dengan orang ramai supaya mereka menolak calon ini
apa pun bagi saya
saya lebih suka jikalaulah spr boleh merubah undang2 pilihanraya
satu rang undang2 patut dibawa ke parlimen bahawa
mana2 orang yang kalah dalam pilihanraya tidak lagi boleh dan dibenarkan menjadi calon lagi
jika ini boleh dilakukan
barulah lebih mudah dan selesa orang ramai atau pengundi membuat keputusan mereka
kerana orang yang pernah ada masalah dengan orang ramai pun sudah tidak lagi menjadi calon
selain daripada itu
sebahagian besar mahukan pemimpin yang boleh berkhidmat
bukan mewakili sesebuah parti politik sebagai yang berhormat tetapi berkhidmatnya tidak
saya mohon mencadangkan
dan sila komen
terima kasih

No comments:

Post a Comment