Monday 15 September 2014

MDPP dan Pantai Bisikan Bayu Semerak

Saya ingin merakamkan sedikit penghargaan dan pujian kepada Majlis Daerah Pasir Puteh atau MDPP kerana sekarang kawasan Pantai Bisikan Bayu atau nama asalnya Pantai Dalam Rhu Semerak sudah bersih.
Semoga kebersihan ini dikekalkan pada setiap masa dan diharap para pengunjung pun terus bersikap mengamalkan kebersihan dengan membuang sisa2 makanan atau bekas2nya ke dalam tong2 sampah yang disediakan.
Walau bagaimana pun orang ramai masih tidak berpuas hati kerana :-
1. tiada bangku simen untuk duduk berehat
2. tiada tandas awam yang mencukupi meliputi hujung ke hujung kawasan perkelahan
3. tiada kawasan parking kereta yang lebih selesa
4. kedudukan peniaga2 tepi jalan yang menjual satar dan jagung bakar serta air minuman yang tidak tersusun lalu mereka cadangkan supaya MDPP bina gerai2 yang lebih sempurna dan menarik untuk mereka yang berniaga ini.
Orang ramai berkata pantai ini sangat menarik dan sudah berabad lamanya menjadi tarikan pengunjung2 terutamanya pada hari2 minggu atau cuti umum dan musim cuti sekolah.
Oleh itu keadaannya sewajarnyalah dipertingkatkan lagi dengan menambah kemudahan2 awam sepertimana yang disebutkan di atas itu.
Semoga MDPP mengambil perhatian keatas rungutan mereka itu dan bertindak aktif.
Janganlah dalam mesyuarat hanya pandai bercakap mengenai pembangunan di bandar sahaja sedangkan tempat2 lain diabaikan.





No comments:

Post a Comment