Friday 8 July 2011


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (33)
Hari ini dua (2) lori tanah dari Bukit Bidang telah dihantar oleh Sdr. Che Drohin ke Semerak untuk tujuan pembinaan sebuah perhentian bas yang dibiayai oleh Kapt (B) Wan Marzudi JP.
Perhentian ini didirikan untuk memberikan kemudahan kepada murid-murid sekolah yang menunggu bas. Lokasi yang dipilih ialah disebelah kanan jalan dari Pasir Puteh ke Kuala Besut berhampiran Tabika Perpaduan Cherang Ruku dan tidak jauh dari Pejabat Pos. Pembiayaan sepenuhnya oleh Kapt (B) Wan Marzudi telah pun mendapat kelulusan daripada YABrs. Tuan DO secara percakapan yang akan disusuli dengan surat rasmi.
Walaupun kemudahan awam ini tidaklah sebegitu besar dari segi kosnya (sekitar RM5,000.00 sahaja) tetapi manfaat yang diperolehi oleh murid-murid sekolah serta orang ramai adalah besar. Sejak semua pokok-pokok besar di tepi jalan ditebang oleh pihak JKR, tiadalah lagi tempat-tempat yang teduh untuk mereka menunggu bas atau kereta sewa.
Apa yang penting untuk saya sampaikan di sini ialah sifat murah hati berterusan Kapt (B) Wan Marzudi untuk menabur bakti dan jasa kepada masyarakat setempat.  Walaupun pernah menerima sekatan keras daripada pihak UMNO Bahagian melalui PPD supaya beliau tidak lagi memberikan sumbangan kepada semua sekolah-sekolah dalam daerah Semerak, beliau tetap juga berbakti dan berkhidmat dengan pelbagai cara dan kaedah lain. Beliau berkata ini semua dilakukan kerana beliau sedar dan insaf bahawa beliau memikul tugas dan tanggngjawab sosial sebagai balasan keatas rezeki yang Allah SWT limpahkan kepadanya.
Ini pun saya anggap sebagai sebahagian daripada usaha-usaha ‘turun padang’ yang sepatutnya setiap orang daripada UMNO Bahagian Pasir Puteh lakukan sejak dari dulu lagi. Apabila kerja-kerja seperti ini dilakukan sudah tentulah peluang untuk mendekati orang ramai terutamanya pengundi-pengundi terbuka luas. Kalau pun tidak mampu, mereka masih boleh bersama juga dengan cara memberikan sokongan moral dan hadir.
Pembinaan perhentian seperti ini boleh dijadikan sebagai ‘medium’ diantara UMNO Bahagian Pasir Puteh dam pengundi-pengundi Semerak.

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
8 Julai 2011 Semerak.

No comments:

Post a Comment