Friday 15 July 2011


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (35)
‘Konvo My Boss’ adalah tajuk yang baru sahaja dipaparkan dalam facebook oleh ‘Probnpp Bnputeh’ yang mengandungi gambar Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh menerima ‘degree’ daripada ‘The Oxford Centre For Leadership United Kingdom’ dalam majlis ‘Excel Awards Ceremony’. Gambar yang dimuatkan itu bertarikh October 7, 2010 dan ayat yang digunakan oleh ‘Probnpp Bnputeh’ itu ialah “bukti KBhg ada degree….”  
Hal ini bagi saya adalah sesuatu yang baik kerana ada ‘degree’ dengan tidak ada ‘degree’ sudah tentulah tidak sama. Sesiapa sahaja pun sangat digalakkan supaya belajar dan terus belajar sepanjang hidup. Kalau dulu ada diploma dianggap tinggi tetapi sekarang ada ‘degree’ pun sudah dianggap ‘common’ atau dalam bahasa orang Terengganu ‘komang’.  Sebabnya trend percakapan sekarang ialah Masters dan Ph.D pula.
Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian para pembaca kepada persoalan bahawa jika Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh belajar untuk mendapatkan ‘degree’ hanya semata-mata kerana beliau ialah seorang Ketua Bahagian, ini bermakna beliau ingin membuktikan kepada orang ramai bahawa Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh pun ‘berkelulusan’. Mungkin itulah sebabnya ayat yang ditulis oleh ‘Probnpp Bnputeh’ itu berbunyi sedemikian. 
Saya harap Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh tidak berniat begitu dan tidak lagi membiarkan anak-anak buahnya ‘mengiklankan’ beliau lagi kerana beliau bukan barangan untuk dipromosikan sewenang-wenangnya.  Pencapaian peribadi tidak perlu diwar-warkan lebih-lebih lagi dengan menggunakan saluran internet untuk tujuan politik. Begitu jugalah jika kita ada rumah besar atau kereta mewah. Ini semua tidak perlu dimuatkan dalam facebook kerana ianya lebih kepada unsur-unsur cuba memperlihatkan kelebihan yang ada pada diri kita. Akhirnya orang akan berkata kita cuba menunjuk-nunjuk dan itu akan dianggap sebagai riak dan takabbur.
Dalam politik yang menjadi ukuran orang ramai ialah sejauh mana keberkesanan kearah mencapai kemenangan untuk parti, bukan untuk diri sendiri. Mereka ingin melihat sejauh mana kesan kerja-kerja ‘turun padang’ yang telah dibuat selama ini kerana inilah kerja-kerja asas politik sesebuah parti. Mereka ingin melihat oleh itu sejauh mana selama ini pemimpin sesebuah parti mendekati pengundi-pengundi. Mereka tidak berminat untuk mengetahui samada seseorang pemimpin itu ada ‘degree’ atau pun tidak. Kalau pun seseorang pemimpin itu mempunyai kelulusan yang lebih rendah tetapi beliau sangat rajin berusaha kearah memenangkan partinya melalui kerja-kerja ‘turun padang’, maka pemimpin itu tetap akan dipilih oleh orang ramai.
Oleh itu, bagi saya mempunyai ‘degree’ dan jawatan politik adalah isu yang berlainan. Ianya tiada kaitan dan tidak ‘relevant’ untuk dianggap sebagai seolah-olah ianya sesuatu yang terlalu ‘compulsory’ (walaupun ‘essential’) jika seseorang itu hendak menjadi seorang pemimpin politik atau calon pilihanraya.
Walau bagaimana pun, saya ingin mengambil kesempatan dalam tulisan saya ini untuk mengucapkan Tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh diatas kejayaannya itu. Semoga dengan pencapaian ini, ianya akan mendorong beliau untuk memberikan lebih tumpuan kepada kerja-kerja parti.

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
16 Julai 2011 Semerak.

No comments:

Post a Comment