Tuesday 12 July 2011


Wan Ab Malek Bin Wan Noh,
T-29, Taman Jaya,
16700 Cherang Ruku,
Pasir Puteh,
Kelantan.

Bertarikh : 12 hb Mei, 2011.


Ke Hadapan,
Yang Amat Berhormat,
Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Merangkap Presiden UMNO,
Seri Perdana,
Putra Jaya.

Melalui:
Yang Berbahagia,
Cikgu Azmi Bin Mohamad Noor.         Email : azmimn_58@yahoo.com

Assalamualaikum,
Dato’ Seri,

Per : CERAMAH OLEH UMMI HAFILDA DI SEMERAK PADA 11.5.2011
         ANJURAN BN DAN UMNO BAHAGIAN PASIR PUTEH, KELANTAN.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa satu program ceramah telah diadakan di SMK Cherang Ruku, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan pada 11hb Mei 2011 jam 9.00 malam yang dianjurkan oleh BN dan UMNO Bahagian Pasir Puteh dengan penceramah undangan Ummi Hafilda Bt Ali dari Kuala Lumpur. Tajuk ceramah ialah “ Membongkar Isu Mendedah Rahsia”

Ceramah itu telah dipengerusikan oleh Hj Ismail Awang dengan Cikgu Zawawi Othman selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat sedikit laporan terus kepada YAB Dato’ Seri kerana ceramah yang telah disampaikan oleh Ummi Hafilda telah tidak menepati tajuk yang ditetapkan sehingga boleh merugikan UMNO Bahagian Pasir Puteh.

Ummi Hafilda telah menyampaikan banyak maklumat-maklumat tentang keburukan DSAI dalam dua jam setengah ceramahnya dengan baik dan lancar dan ini sememangnya menepati tujuan beliau diundang ke Pasir Puteh. Sebahagian besar maklumat sememangnya tidak diketahui orang-orang Pasir Puteh secara mendalam dan seruan beliau supaya parti PAS meninggalkan DSAI adalah sesuatu yang bertepatan dengan senario politik semasa demi kepentingan orang-orang melayu.

Secara peribadi saya amat bersetuju dengan seruan seperti ini tetapi secara peribadi juga saya amat tidak bersetuju apabila beliau telah mengkritik terlalu keras terhadap pimpinan PAS dengan selitan kata-kata kesat yang melampau dan tidak sesuai digunakan dalam ceramah politik di Kelantan.

Ini adalah kerana bukan sahaja orang-orang PAS yang merasa marah tetapi orang-orang UMNO sendiri pun tidak menyukai kata-kata seperti itu dihemburkan terhadap pimpinan PAS terutama Menteri Besar Kelantan walaupun mereka tidak menyukai beliau.

Saya tidak tahu apa yang mendorong Ummi Hafilda mengeluarkan kata-kata kesat itu tetapi orang ramai agak terkejut dan tidak menyangka beliau mempunyai tabiat ini kerana beliau telah memulakan ucapannya dengan sopan dan baik tetapi tiba-tiba beliau menekan suara beberapa kali sambil mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sedap telinga mendengar.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri,

Saya rasa era menghentam pimpinan parti lawan dengan kata-kata yang terlalu kasar dan terlalu kesat sepatutnya sudah berlalu. Saya yakin Yang Amat Berhormat Dato’ Seri pun bersetuju bahawa unsur-unsur ‘berbalah’ dikalangan orang-orang kampong di negeri Kelantan tidak sepatutnya digalakkan lagi kerana kita sedang cuba untuk berbaik-baik dengan pihak parti PAS. Jadi kalau orang seperti Ummi Hafilda datang berceramah seperti itu, apalah yang menguntungkan UMNO Bahagian Pasir Puteh sebagai penganjur  jikalau orang-orang UMNO sendiri pun marah kepada kepimpinan Bahagian kerana mengundang penceramah seperti Ummi Hafilda. 

Saya ada rakaman penuh telefon bimbit ucapan Ummi Hafilda yang terang dan jelas untuk saya salinkan kpd Cikgu Azmi. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri bolehlah memintanya dari Cikgu Azmi jika dirasakan perlu.

Sekian sahaja sedikit laporan dan komentar dari saya demi UMNO.
Wassalamualaikum.

Yang benar,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No. KP 530105-03-5073
No Ahli UMNO:  03924693
No Tel:  019-937 5226

(tidak ada tandatangan kerana dihantar melalui emel)

No comments:

Post a Comment