Monday 18 July 2011


SUASANA SEMASA POLITIK DUN SEMERAK (36)
Pagi tadi Cikgu Arman dari SMK Kamil Pasir Puteh ada sms kepada saya tentang desas desus kemungkinan YBhg. Datuk Hj. KMN sebagai calon BN Parlimen Pasir Puteh dalam PRU ke-13 ini.
Saya menganggap Cikgu Arman seperti hendakkan penjelasan lanjut daripada saya tetapi saya tidak dapat menyatakan apa-apa yang boleh menyakinkan beliau kecuali saya memanjangkan perkara ini kepada YBhg. Datuk Hj. KMN sendiri.
Oleh itu, saya terus menghantar sms pertanyaan kepada Datuk Hj. KMN kerana yakin beliau akan menjawabnya dengan jujur dan memuaskan. Beliau sememangnya menghantar sms jawapannya yang berbunyi begini…”Don’t worry. TPM doesn’t decide on candidates. It’s the sole prerogative of the PM cum President of  BN”.
Kalau dilihat daripada jawapannya itu, ianya menunjukkan bahawa Datuk Hj.  KMN dengan tegas tidak mahu dirinya didedahkan kepada spekulasi yang tidak menguntungkan parti. Beliau juga tidak mahu ahli-ahli parti seperti bimbang disebabkan sesuatu. Beliau bersikap sedemikian secara bertanggungjawab  mungkin kerana beliau adalah seorang bekas Ketua Bahagian yang mempunyai pengalaman politik yang luas dan seharusnya mampu menangangi isu-isu seperti ini secara professional.
Saya harap dengan penjelasan ini, Cikgu Arman dan juga seluruh ahli-ahli UMNO Pasir Puteh tidak lagi membuat andaian atau teka-teki tentang hal ini. Adalah lebih baik ahli-ahli parti terutamanya kepimpinan Bahagian memberikan tumpuan kepada usaha-usaha mendekati pengundi. Biarlah keputusan siapa yang akan menjadi calon parlimen dan juga DUN-DUN ditentukan oleh pucuk tertinggi kepimpinan parti apabila sampai masanya nanti.
Saya sendiri bersedia mengambil sikap ini walau pun pernah menghantar senarai cadangan calon kepada YAB Dato’ Seri Presiden parti.
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh,
18 Julai 2011 Semerak.

No comments:

Post a Comment