Tuesday 12 July 2011


CALON-CALON YANG BERPOTENSI UNTUK BERTANDING DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 13 BN PASIR PUTEH, KELANTAN.


PARLIMEN

Cikgu Azmi Bin Mohamad Noor 

Telah terbukti beliau merupakan calon yang paling sesuai dan layak. Beliau telah mempunyai banyak pengalaman melakukan kerja-kerja sebagai seorang ‘wakil rakyat’ sejak beliau di Pekan lagi selama berbelas-belas tahun sebelum pulang bertugas di Pasir Puteh.

Di Pasir Puteh, beliau lebih jelas menampakkan sifat semula jadi beliau suka membantu orang-orang susah apabila setiap masa beliau ‘turun padang’ menjengok orang ramai di mana-mana saja dalam daerah Pasir Puteh. Beliau telah lakukan usaha-usaha ini tanpa sedikit pun membabitkan pimpinan UMNO Bahagian kerana beliau menganggap kerja membantu orang-orang susah bukan terhad untuk orang-orang parti sahaja melakukannya. Beliau juga tidak pernah mengambilkira latar belakang politik orang-orang yang beliau kunjungi kerana katanya tugas dan tanggungjawab membantu tidak sepatutnya disasarkan hanya kepada orang-orang dari satu parti sahaja.

Beliau dilihat mempunyai minat yang sangat mendalam dalam usaha-usaha seperti ini dan dilihat memberikan fokus kepada golongan kurang upaya seperti menziarahi Pusat-Pusat Pemulihan Dalam Komuniti atau PDK seluruh daerah Pasir Puteh. Adalah didapati kunjungan dan jaminan beiau untuk membantu PDK-PDK tersebut sangat dialu-alukan oleh orang ramai.

Oleh hal yang demikian, maka orang yang paling sesuai diletak sebagai calon parlimen Pasir Puteh ialah Cikgu Azmi Mohamad Noor. Beliau juga dilihat mampu menyatukan semula seluruh ahli-ahli UMNO jika beliau menjadi calon selain daripada faktor beliau sudah dikenali rajin 'turun padang' menjengok rakyat sambil membantu orang-orang susah atau yang memerlukan. Faktor lain yang membantu ialah kelayakan akademiknya sebagai Pengetua yang mempunyai kelulusan Sarjana iaitu Masters in Management Technology (HRD).



DUN SEMERAK

Kapt (B) Wan Marzudi Bin Dato' Hj Wan Omar, JP

Di DUN Semerak, tidak ada orang lain yang mampu memberikan harapan untuk BN menang melainkan Kapt (B) Wan Marzudi JP ini. Beliau ialah anak kepada Dato' Hj Wan Omar Wan Majid, bekas  ADUN Semerak yang juga bekas ahli parlimen Pasir Puteh.

Beliau mempunyai kekuatan dan kestabilan ekonomi kerana berjaya di dalam bidang perniagaan security. Perniagaannya berkembang maju di seluruh Malaysia.  Beliau ialah bekas seorang pegawai tentera berpangkat Kapten yang telah dianugerahkan JP oleh DYMM Al-Sultan Kelantan pada tahun 2008.

Sama seperti Cikgu Azmi, beliau pun sangat rajin 'turun padang' menjengok rakyat dan membantu orang-orang susah. Beliau telah banyak membantu murid-murid miskin cemerlang di semua sekolah-sekolah rendah dan menengah. Untuk belia-belia dan orang-orang muda banyak juga kegiatan dan program yang berfaedah dilakukannya dari masa kesemasa termasuk sumbangan-sumbangan.  Pada masa ini beliau memberikan nafas baru kepada Kelab PanSuria Semerak iaitu sebuah kelab belia yang lama dengan memegang jawatan Pengerusi.  Selain daripada itu, beliau sangat dihormati oleh orang ramai dan digeruni lawan.

Kedua-dua mereka ini merupakan contoh sebagai orang UMNO di luar Jawatankuasa Bahagian yang mampu membuktikan bahawa kalau kita ikhlas untuk membantu parti, kita masih boleh melakukannya walaupun dengan tidak memegang sebarang jawatan utama parti.



DUN LIMBUNGAN

Rujhan Hj Salleh – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh.

Beliau mempunyai kekuatan peribadi kerana beliau ialah seorang kontraktor kelas A yang sudah lama menceburi bidang pembinaan. Oleh itu, persiapan peribadi dari segi kewangan mungkin tidak menimbulkan masalah baginya untuk menjadi calon.

Selain daripada mempunyai kelulusan ijazah, beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh dan selepas itu Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan.

Kelemahan beliau ialah beliau takut untuk membuat kerja-kerja ‘turun padang’ sepertimana yang dilakukan oleh Cikgu Azmi dan Kapt (B) Wan Marzudi kerana khuatir dilihat dan disangka hendak menjadi calon pilihanraya.

Walau macammana pun, beliau masih dilihat sebagai orang yang paling layak untuk DUN Limbungan.




DUN SELISING

Datuk Zukri Salleh – Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh merangkap Pegawai Penyelidik UMNO Malaysia.

Kegiatan beliau kearah menjadikannya seorang calon tidak begitu diketahui dengan jelas. Namun, beliau masih dilihat sebagai orang yang paling sesuai buat pada masa ini kerana orang-orang lain tidak begitu dikehendaki oleh orang-orang DUN Selising.



DUN GAAL

Cikgu Zawawi Othman – Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh

Beliau dilihat sebagai orang yang paling layak di DUN Gaal walaupun ada sesetengah pihak  tidak mahukan beliau di sana.

Oleh kerana beliau ialah Ketua UMNO Bahagian sudah tentulah kapasiti jawatan itu menjadi kelebihan untuk beliau mendahului orang-orang lain.


Oleh,

Wan Ab Malek Bin Wan Noh,
T-29, Taman Jaya,
16700 Cherang Ruku,
Pasir Puteh,
Kelantan.

No. KP 530105-03-5073
No. Ahli UMNO 03924693
No. Tel 019-937 5226
Email :  wanmalekwannoh@yahoo.com

Bertarikh 1 Julai 2011 / 29 Rejab 1432H (1500HR)
Di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.

No comments:

Post a Comment