Thursday 21 August 2014

YB dan Projek Sakit

selain dari menziarahi orang sakit atau orang mati
selain dari menghadirkan diri ke setiap masjid pada setiap hari jumaat di berlainan lokasi
selain dari bercampur gaul secara mesra dengan orang ramai di kedai2 kopi di berlainan lokasi
selain dari hadir kerana dijemput untuk berucap merasmikan mesyuarat agung pibg
selain dari hadir kerana dijemput ke kenduri kahwin
terdapat satu lagi tugas dan tanggungjawab asas seorang wakil rakyat
iaitu
mempastikan supaya apa jua projek kerajaan berjalan lancar dan siap sempurna dalam jangka waktu yang telah ditetapkan
saya masih ingat bagaimana wakil rakyat semerak yang terdahulu yang mengambil berat dengan membuat lawatan ke tapak projek apabila beliau dimaklumkan projek tok aman bali resort lewat disiapkan
ini kerana katanya
projek ini sangat penting untuk dijadikan mercu tanda dun semerak
sekarang memang terbukti resort ini telah menaikkan nama semerak
sebab itu saya mengambil peranan memuatkan masalah dewan smk cherang ruku ke dalam blog saya
kerana dewan ini pun sangat penting untuk semerak

No comments:

Post a Comment