Tuesday 26 August 2014

PDK Semerak

Oleh kerana Pengerusi PDK Semerak telah berpindah rumah ke Pahang bersama keluarga hari ini, saya ingin memberikan jaminan di sini bahawa PDK ini masih tetap memerlukan beliau sebagai Pengerusi walaupun sudah berjauhan.
Saya dan AJK yang lain serta para petugas akan berusaha sedaya upaya untuk meneruskan cita2 Pengerusi membawa PDK ke satu tahap sepertimana yang diinginkannya.
Bukan mudah untuk mendapatkan orang yang berminat melibatkan diri dalam PDK kecuali orang itu mempunyai anak OKU juga sedangkan pengerusi sekarang tidak pun mempunyainya tetapi sudah lama bersama dalam AJK PDK Semerak ini.
Kalau pun, saya ulang, kalau pun beliau terpaksa meletakkan jawatan diatas faktor tinggal jauh, saya harap ada orang lain yang semampu beliau untuk mengambil tempat selaku pengerusi baru.
Kami ucapkan :-
Selamat Berpindah ke Pahang kepada Puan Wan Marzida Bt Hj Wan Omar dan keluarga.
Semoga Puan selamat sejahtera di sana bersama keluarga dan sentiasa berada dalam kerahmatan Allah
Amin.

No comments:

Post a Comment