Saturday 23 August 2014

UMNO Bahagian Pasir Puteh

kepada semua barisan kepimpinan umno bahagian pasir puteh :-
berikut ialah sekadar nasihat saya selaku salah seorang dari orang lama dalam umno
walaupun saya telah meninggalkan umno dan menjadi non-partisan
saya masih mahu menasihatkan kawan2 jika saya mendapati ada sesuatu yang perlu saya tegur dari masa kesemasa
petang tadi saya dimaklumkan bahawa terdapat seorang bekas orang kuat umno bahagian pasir puteh telah merungut dan mengeluh kerana merasa segala sumbangan kewangannya kepada parti ini selama ini telah menjadi sia2 sambil mengeluarkan kata2 yang tidak elok terhadap kepimpinan parti
saya cadangkan
mana2 orang dari kepimpinan tertinggi bahagian iaitu ketua, timbalan dan naib
mana2 orang dari keempat2 ketua sayap
mana2 orang dari semua ajk bahagian
mana2 orang dari ketiga2 pegawai yang dilantik iaitu su bahagian, ketua penerangan dan bendahari
dan juga mana2 orang yang bertugas di pejabat umno bahagian
supaya tidak secara terbuka dan negatif mengeluarkan kenyataan peribadi keatas mana2 orang lain dari semua peringkat yang saya sebutkan di atas itu
adalah lebih baik jika terdapat sebarang kemusykilan atau ketidakpuasan hati atau cadangan
ianya dibawa ke dalam mesyuarat bahagian secara jujur dan berani

No comments:

Post a Comment