Saturday 2 August 2014

Rakyat Kelantan dan Lebuhraya

dua hari yang lepas (31hb Julai 2014)
1 orang anak saya + 1 orang menantu + 2 orang cucu yang berumur 2 tahun dan 6 bulan pulang semula ke kuala lumpur
bertolak dari rumah saya di semerak lebih kurang jam 10 pagi untuk pulang semula ke kuala lumpur
jam 8.00 malam (lebih kurang 10 jam lebih) baru sampai gua musang
kerana 'jem' teruk dari machang ke kuala krai
hari ini (2hb Ogos 2014) pun sama
3 orang anak saya + 1 orang menantu + 1 orang cucu berumur 3 bulan ada lagi yang bertolak dari rumah saya di semerak lebih kurang jam 3 petang tadi untuk pulang semula ke tempat kerja dan belajar masing2 di ke kuala lumpur
jam 1.15 pagi (lebih kurang 10 jam lebih) baru sampai gua musang
kerana 'jem' teruk dari machang ke kuala krai juga
sewaktu perjalanan pulang menjelang raya sebelum ini pun lebih kurang juga
kerana 'jem' teruk dari kuala lumpur ke karak
saya harap cepat2lah kerajaan pusat dan kerajaan negeri bekerjasama lakukan sesuatu untuk meringankan beban rakyat kelantan
dari karak biarlah kerajaan pusat selesaikan masalah 'jem' waktu pulang ke kelantan
dari kota bharu biarlah kerajaan negeri selesaikan masalah 'jem' waktu pergi semula ke kuala lumpur
rakyat negeri2 lain kita tak ada dengar masalah seperti ini setiap kali pulang berhari raya ke negeri masing2 seperti ke perlis atau ke johor atau ke pahang
ambillah pedoman perjalanan semut
walaupun mereka beribu2 jumlahnya
perjalanan mereka tak pernah jam
sebab 'lebuhraya' mereka luas dan selesa
janganlah jadi wakil rakyat yang hanya bermegah dengan gelaran YB sahaja dan makan elaun bulanan yang besar serta imbuhan tahunan yang melimpah sedangkan rakyat negeri kelantan terus menderita
bersatulah dan carilah jalan penyelesaian
kerana itulah tugas dan tanggungjawab sebenar sebagai YB
sudah2lah dengan karenah politik kerana rakyat kelantan sudah lama menjadi mangsa permainan politik yang tidak berkesudahan pihak pemerintah kerajaan pusat dan negeri

termasuklah bayi2 dan kanak2
mandat yang diberikan rakyat bukanlah percuma dan hanya untuk dilakonkan sahaja
ianya hendaklah ditunaikan secara adil dan tepat

No comments:

Post a Comment