Thursday 21 August 2014

YB dan Kemewahan Hidup

kalau masalah kewangan dijadikan alasan
maka seseorang wakil rakyat itu tidak boleh keluar bercampur gaul dengan masyarakat seperti minum di kedai2 kopi
dan keluar rumah hanya untuk ke sidang dun atau mesyuarat2 sahaja
saya rasa itu alasan yang tidak boleh diterima
bagi saya kalau pun benar seseorang wakil rakyat itu tiada wang
beliau sepatutnya keluar juga untuk bersama dengan orang ramai
kerana orang ramai akan berebut2 belanjakan wakil rakyat itu
jika mereka tahu wakil rakyat itu tidak berwang
kerana itulah sifat semula jadi orang kelantan sejak dari dulu lagi
mereka bukanlah hendakkan supaya wakil rakyat sahaja yang sentiasa bayarkan minuman mereka
sebab itu saya dari dulu lagi
tidak suka melihat wakil rakyat yang memperlihatkan kemewahan
seperti tukar kereta
tambah bini
tambah atau besarkan rumah
kerana apabila rakyat melihat perkara2 seperti ini
mereka akan fikir wakil rakyat itu banyak wang
lebih baik jangan di besarkan rumah atau ditambah apa2 bangunan dalam kawasan tapak rumah semasa menjadi wakil rakyat
lepas pencen nanti barulah buat
nak buat istana pun orang tak kisah

No comments:

Post a Comment