Monday 4 August 2014

Cerita Dunia Semerak

sekadar cerita dunia semerak sahaja
sepasang suami isteri yang tidak dikurniakan anak mengambil dua orang anak angkat sejak kedua2nya masih bayi
sorang anak saudara sebelah sisuami (perempuan)
sorang anak saudara sebelah siisteri (lelaki)
maka mereka pun dipeliharalah dengan sehabis baiknya oleh kedua suami isteri itu seperti menatang minyak
makan pakai serta pelajaran diberikan dengan selengkap2nya
mereka jalani hidup dalam suasana yang agak mewah sepanjang usia mereka
dan hiduplah kedua2 anak angkat ini seperti adik beradik sejati
sekarang mereka sudah besar dan dewasa
sudah bekerja dan berkereta
malangnya
setelah hidup dengan begitu harmoni selama lebih dua puluh tahun bersama
tiba2 dunia semerak dikejutkan dengan berita bahawa mereka telah berbalah dengan cara yang agak diluar dugaan
orang ramai pun tertanya2
apa puncanya yang sebenar
dan apa juga punca disebaliknya?
yang mereka tahu sorang sangat baik hati
sentiasa suka menghormati orang2 tua
manakala yang sorang lagi sangat sombong dan angkuh
walaupun terhadap orang2 tua
mungkinkah ini pun telah menjadi sebahagian dari puncanya?
sekadar cerita dunia semerak
untuk renungan

No comments:

Post a Comment